Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunjung Jem atau Westgate antara 10-14 Mei dinasihati jalani ujian Covid-19: MOH

May 19, 2021 | 01:05 AM



PENGUNJUNG yang datang ke pusat beli-belah Jem atau Westgate di Jurong East antara 10 Mei dengan 14 Mei amat digalakkan Kementerian Kesihatan (MOH) agar menjalani ujian Covid-19.



Ujian itu percuma dan ditawarkan kepada orang awam memandangkan kes Covid-19 telah mengunjungi pusat beli-belah itu pada tempoh berkenaan, kata MOH di laman rasminya.



Menurut MOH lagi, sementara kontak rapat kes yang disahkan ini telah dikenal pasti, ujian reaksi rantaian polymerase percuma (PCR) ditawarkan bagi menangani risiko penularan virus yang lebih meluas dan tidak dikesan dalam masyarakat.



MOH akan memberitahu mereka yang terjejas tentang ujian percuma ini menerusi pesanan SMS. Mereka akn dikenal pasti menerusi rekod SafeEntry mereka.



Bagi menjalani ujian itu, orang ramai yang sama ada mengunjungi Jem atau Westgate boleh menempah janji temu di pusat ujian serantau khusus.



Pusat-pusat ini termasuk: Jurong Club House di 11 Jurong Town Hall Road, bekas tapak Sekolah Rendah Da Qiao di 8 Ang Mo Kio Street 54, bekas tapak Sekolah Menengah Shuqun di 450 Jurong East Street 21, bekas tapak Sekolah Rendah Coral di 20 Pasir Ris Street 51 dan bekas tapak Sekolah Menengah Bishan Park di 2 Sin Ming Walk.



Tempat-tempat ini dibuka dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan dari 1 petang hingga 4 petang.



Orang ramai juga boleh hubungi talian 6333-3636 bagi menempah janji temu dengan Fullerton Health Testing Centre yang bertempat di Szechuan Court, tingkat 3, Pusat Beli-Belah Raffles City, 80 Bras Basah Road.



Ia dibuka antara 10 pagi dengan 8 malam.



Mereka juga boleh ke Hospital Raffles di 585 North Bridge Road antara 8 pagi dengan 8 malam dan Raffles Medical di Shaw Centre Orchard, 1 Scotts Road, antara 8.30 pagi dengan 5.30 petang. Dua lokasi ini bagaimanapun tutup pada 26 Mei.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >