Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAYUAN PERCEPAT PASPORT

Pengunjung ke ICA diminta imbas kod QR agar buat rayuan dalam talian

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



MASIH ramai orang dilihat beratur di bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk merayu mempercepat pembikinan pasport semalam, pada hari pertama proses itu dialihkan ke dalam talian sepenuhnya.



Namun, jumlah orang ramai yang beratur telah berkurang, berbanding pada minggu sebelumnya, menurut pengamatan Berita Harian (BH) di sana sekitar 7.30 pagi semalam.



Beberapa orang yang ditemui semasa beratur juga berkata mereka telah pergi ke sana pada minggu lalu - semasa rayuan fizikal masih dibenarkan - dan mendapati bilangan orang yang beratur berkurangan semalam.



Semalam, orang ramai yang ke sana untuk membuat rayuan fizikal untuk mempercepat pembikinan pasport dilihat tidak dibenarkan beratur.



Sebaliknya, kakitangan ICA yang dikerahkan di sekitar bangunan tersebut merujuk mereka pada kod QR yang tertera di tembok bangunan itu.



Seorang kakitangan perkhidmatan pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Diana berkata, meskipun sudah tahu tentang langkah baru itu, beliau masih ke bangunan itu untuk 'mencuba nasib' pagi semalam.



Namun, ia tidak berhasil dan beliau dirujuk oleh kakitangan ICA supaya mengimbas kod QR yang tertera di tembok bagi membuat rayuan dalam talian.



Ditemui BH, Cik Diana, 41 tahun, berkata:



"Sudah lebih dua bulan saya buat permohonan. Saya sebenarnya tidak mahu menyertai orang ramai yang datang ke ICA tetapi saya akan melancong dalam masa seminggu dan saya masih belum dapat berita. Saya tiada pilihan tetapi untuk datang secara fizikal."



Bagi Cik Nur Rafidah Kamis pula, beliau tidak tahu bahawa rayuan bagi pasport kini tidak boleh lagi dilakukan secara fizikal.



Beliau yang telah ke bangunan ICA untuk memohon bagi pasport anak-anaknya berkata rancangan cuti sekolah ke luar negara bulan ini tergendala disebabkan hal tersebut.



"Mungkin saya tunggu tiga hari kerja, jika masih belum ada respons saya akan datang lagi untuk tanya apa yang perlu dilakukan... talian mereka selalu sibuk," ujarnya.



Berhubung permohonan pasport, hanya pemohon yang mahu mengambil pasport sudah siap, menghantar dokumen sokongan, atau menghantar semula gambar akan dibenarkan masuk ke bangunan ICA, menurut penguasa itu.



Ketika BH meninjau kawasan bangunan ICA pada 7.30 pagi, barisan panjang sudah kelihatan. BH difahamkan bahawa orang ramai mula beratur sebelum 7 pagi walaupun bangunan ICA hanya dibuka pada 8 pagi.



Pengunjung diberi pelekat warna berbeza berdasarkan tujuan mereka ke sana, dan beberapa kakitangan juga dilihat bantu mengarah pengunjung ke laluan yang sesuai.



Sekitar 8.30 pagi, barisan beratur bagi mereka yang ingin mengambil pasport tetapi tidak mempunyai masa janji temu tetap adalah kira-kira 400 meter.



Tiada barisan kelihatan bagi laluan pengunjung yang datang berdasarkan janji temu yang sudah ditempah.



Antara mereka yang beratur tanpa waktu janji temu ialah Cik Tini, 43 tahun, yang ingin mengambil pasport ibunya.



Kakitangan penyelidikan itu berkata bahawa minggu lalu, beliau perlu beratur di luar bangunan ICA selama sejam sebelum dapat masuk untuk membuat rayuan mempercepatkan pembikinan pasport ibunya, namun masa menunggu dikurangkan kepada kira-kira 30 minit semalam.



Menyentuh tentang langkah ICA, Cik Tini berharap orang ramai tidak salah guna wadah dalam talian itu dan hanya memohon jika benar-benar terdesak.



"Ini agar tidak menyebabkan penangguhan yang tidak diingini bagi orang lain yang sedang 'beratur' atau mereka yang mempunyai pasport yang sudah tamat tempoh dan perlu melancong tetapi sudah lebih enam minggu tunggu pasport siap," katanya.



Menurut ICA sebelum ini, sumber yang digunakan untuk mengurus kesesakan dan permintaan di bangunan itu akan dikerah semula untuk memproses dan mengeluarkan pasport.



Bagi pemohon yang perlu keluar negara secara mendesak, mereka boleh menghantar rayuan untuk mempercepat proses pengeluaran pasport di laman https://go.gov.sg/passportrequest.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >