Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Pengunjung ke S'pura boleh bawa hingga 20 kit uji diri Covid-19 yang disahkan di negara keberangkatan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pengunjung ke S'pura boleh bawa hingga 20 kit uji diri Covid-19 yang disahkan di negara keberangkatan

Dec 29, 2021 | 10:21 PM

PENGUNJUNG tempatan dan asing yang memasuki Singapura, setiap seorang, dibenarkan membawa bersama mereka jumlah maksimum 20 kit uji diri Covid-19 yang tidak disahkan penggunaannya di sini asal sahaja kit itu dibenarkan kegunaannya di negara dari mana mereka berangkat.

Inilah ketetapannya sejak 23 Disember, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kepada akhbar The Straits Times.

HSA berkata ia telah mengamati meningkatnya langkah mengimport secara peribadi kit uji diri Covid-19 ke Singapura sejak Oktober.

Ia telah menyekat usaha mengimport beberapa kit ujian yang belum dinilai mutu atau keberkesanannya kerana kit ini mungkin dijual semula di Singapura.

Namun, dengan pembukaan semula sempadan, HSA berkata ia menyedari keperluan bagi pengembara untuk membawa kit uji diri sendiri bagi memenuhi ketetapan ujian yang perlu di sini.

Kuota maksimum 20 kit uji diri yang boleh dibawa masuk adalah berdasarkan jangkaan bahawa pengunjung mungkin perlu menguji diri mereka setiap hari bagi tempoh 14 hari, dengan kelonggaran bagi ujian semula, kata HSA.

Buat masa ini, mereka yang memasuki Singapura menerusi Laluan Perjalanan Buat Orang Yang Divaksin (VTL) perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) setiap hari bagi tempoh tujuh hari selepas ketibaan mereka. Ini adalah selain ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) sejurus tiba di sini.

Pada hari ketiga dan ketujuh ketibaan mereka, ART dijalankan di bawah penyeliaan di pusat ujian gabungan atau pusat ujian pantas. Pengunjung harus menggunakan kit ujian yang disediakan di pusat ini.

Pada hari kedua, keempat, kelima dan keenam ketibaan, pengembara harus mengambil ujian ART yang ditadbir sendiri. Ini dilakukan menggunakan kit ujian yang mereka beli sendiri.

"Memandangkan kit ujian yang dibenarkan kegunaannya di Singapura mungkin tidak sedia ada di negara lain, pengembara boleh membawa masuk kit ujian yang disahkan kegunaannya daripada negara di mana mereka berangkat," kata HSA.

Orang awam diingatkan bahawa langkah mengimport kit uji diri menerusi kiriman bungkusan masih tidak dibenarkan.

"Sebarang bekalan borongan kit uji diri juga tidak dibenarkan dan memerlukan lesen dan pengesahan daripada HSA. Mereka yang melanggar peraturan ini boleh dipenjara hingga dua tahun dan/atau didenda hingga $50,000 jika didapati bersalah," tambah HSA.

Menurut laman web HSA, 11 kit uji diri Covid-19 telah disahkan kegunaannya di Singapura sehingga 23 November.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3