Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ULANG TAHUN KETIGA WISMA GEYLANG SERAI

Pengunjung ke WGS boleh jangka pengalaman baru lebih menarik: Faishal

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



PENGUNJUNG Wisma Geylang Serai (WGS) boleh menantikan pengalaman baru dan lebih menarik tahun ini, dengan adanya rancangan untuk mempertingkatkan lagi penggunaan ruang masyarakat di hab nadi masyarakat Melayu itu.



Demikian menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Ini termasuk mengalu-alukan kedatangan penyewa baru ke ruang runcit WGS, dan juga menghidupkan semula program yang diadakan secara fizikal, bermula dengan membawa kembali siri persembahan secara langsung setiap bulan di ruang acara Persada Budaya.



Dr Faishal berkongsi rancangan bagi hab nadi masyarakat Melayu di Geylang Serai itu semasa berucap di majlis pelancaran ulang tahun ketiga WGS semalam.



Antaranya, beliau berkata WGS merancang mengadakan persembahan luar bangunan di Persada Budaya secara bertahap.



"Acara seperti Konsert Persada Budaya, iaitu pertunjukan muzik tahunan kami, akan disusun mengikut kepelbagaian muzik dan tarian, tradisi dan budaya, dan apa yang menjanjikan penggabungan pelbagai etnik," kata beliau.



Satu lagi acara baru ialah Pertandingan Tarian yang akan mencerminkan usaha yang telah dilakukan bagi pertandingan adu bakat Suara WGS.



"Cuma kali ini, ia bukan untuk mencari suara terbaik, tetapi kumpulan tarian dan bintang tarian terbaik yang seterusnya.



"Pertandingan ini bertujuan mendekati dan mencungkil bakat sekurang-kurangnya 500 belia. WGS mahu menjadi sebahagian daripada tahun-tahun membesar mereka agar mereka dapat membangunkan ikatan emosi dengan tempat ini," tambah Dr Faishal.



Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ketiga WGS tahun ini, satu acara akan diadakan hari ini untuk mencatatkan rekod senaman tarian Melayu dan zumba terbesar.



Acara selama sejam itu diharap dapat menarik 1,000 peserta secara fizikal dan dalam talian di Zoom.



Meskipun masih dibelenggu pandemik Covid-19 tahun lalu, Dr Faishal berkata WGS telah berjaya menyesuaikan diri dan mengadakan pelbagai program dan kempen demi memenuhi keperluan masyarakat.



Ini termasuk Bazaar Kita, sebuah bazar dalam talian yang diadakan semasa Ramadan yang disertai 124 vendor dan meraih lebih $600,000 dalam urus niaga penjualan secara keseluruhan.



Kempen #HariRayaSelamat yang merangkumi cabaran TikTok untuk memperkenalkan tarian joget dan zapin pula berjaya meraih 4.2 juta tontonan di dalam dan luar negara.



Tiket bagi konsert Langkah Gergasi pada hujung tahun lalu untuk meraikan ulang tahun ke-30 Orkestra Melayu Singapura pula habis dijual sepenuhnya dan mendapat lebih 21,000 tontonan di Facebook WGS.



Selaras dengan tiga slogan - Teguh, Tekad dan Tegap - sempena sambutan ulang tahun ketiga WGS tahun ini, Dr Faishal berkata WGS akan terus berkhidmat kepada penduduk dan masyarakat Melayu, dan berusaha memperluaskan dan memperdalami pendekatan bersama masyarakat walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.



"Tidak kira ketidakpastian yang berlaku, WGS akan berdiri tegak, dan pandang ke hadapan dengan harapan baru yang berani, sentiasa bersedia menunaikan janji kami.



"Kami akan memperbaharui semula kerjasama lama dan mewujudkan kerjasama baru dalam membawa hab ini melangkah ke depan," kata beliau.




"Tidak kira ketidakpastian yang berlaku, WGS akan berdiri tegak, dan pandang ke hadapan dengan harapan baru yang berani, sentiasa bersedia menunaikan janji kami.

"Kami akan memperbaharui semula kerjasama lama dan mewujudkan kerjasama baru dalam membawa hab ini melangkah ke depan."

- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >