Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunjung Taman di Persisiran cecah 50 juta

Nov 24, 2018 | 04:20 PM



JUMLAH pengunjung ke Taman di Persisiran mencecah 50 juta Oktober lalu, enam tahun setelah ia dibuka pada Jun 2012. 



Pengunjung bertuah, Encik Muhammad Khairi Bedin yang sedang bersiar-siar bersama keluarganya, merupakan pengunjung ke-50 juta dan menerima hadiah penginapan sehari di hotel Pan Pacific Singapore, telefon bimbit Razer dan juga menjadi ahli program Friends of the Garden bagi Taman di Persisiran. 



Hujung tahun ini, jumlah pengunjung purata setiap tahun dijangka mencecah 12 juta. 



Separuh jumlah tersebut adalah pengunjung tempatan.



Untuk menarik lebih ramai pengunjung, Taman di Persisiran bakal menawarkan beberapa tarikan baru.  



Antaranya termasuk Serene Garden dan presint Bayfront yang dipertingkat, di mana pameran bunga ‘Floral Fantasy’ bakal bertapak. 



Serene Garden dibuka hari ini manakala Presint Bayfront akan dibuka pada 14 April tahun depan. 



Encik Khairi berkata bahawa keluarganya sering mengunjungi Taman di Persisiran kerana anak-anaknya suka bermain di kawasan tersebut. 



“Kami gembira mendengar lebih banyak tarikan akan dibuka di Taman di Persisiran, bermaksud kami mempunyai lebih banyak aktiviti yang boleh dilakukan apabila kami mengunjungi tempat ini. 



“Kami juga menggalakkan lebih ramai warga Singapura untuk datang dan nikmati keindahan semula jadi di sini.” 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >