Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunjung VTL Singapura disambut meriah di Bintan

HANS ASHRIE DAUD,dari Bintan

Feb 25, 2022 | 08:51 PM



BINTAN kembali menyambut pengunjung dari Singapura di bawah Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) yang dilancarkan pada Jumaat (25 Februari).



Di bawah VTL laut itu, pengunjung dari Singapura dan Bintan tidak perlu menjalani kuarantin setibanya di destinasi.



Rombongan media dari Singapura, termasuk wartawan Berita Harian, yang diundang untuk mengunjungi pulau tersebut dijemput meriah dengan paluan gendang di Terminal Feri Bandar Bintan Telani (BBTFT).



Rombongan itu langsung dibawa ke kaunter pemeriksaan untuk menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dan mengambil token pas biru, serupa token ‘Trace Together’ di Singapura.







Sebaik saja tamat pemeriksaan imigresen, rombongan itu dibawa menaiki bas ke villa penginapan di Resort Banyan Tree sambil menunggu keputusan ujian PCR kembali negatif.



Setelah mendapat keputusan ujian negatif, rombongan media dijemput menaiki bugi untuk meninjau kemudahan serta perkhidmatan di resort seluas 240 hektar itu.



Selain Bintan, VTL laut antara Singapura dengan Batam juga bermula Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >