SEORANG pengurus besar sebuah syarikat berbilang negara yang mengakibatkan kematian bekas pengurus hotel Sonnie Lien pada 2013 dikenakan hukuman denda maksimum $1,000 semalam atas kesalahan tidak memandu dengan cermat.
Michael Teo Wee Hian, 65 tahun, turut dilarang memandu selama enam bulan selepas didapati bersalah gagal memberi perhatian sewajarnya ketika memandu di Ulu Pandan Road sehingga melanggar Encik Lien, 78 tahun, pada 11 November 2013.