Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengurus perumahan NTU didenda guna dron untuk periksa bumbung dewan

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



PENGURUS perumahan dan perkhidmatan bantuan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang ingin memeriksa sama ada bumbung di sebuah dewan di kampus sudah dibersihkan dengan betul menggunakan dron tanpa lesen untuk memetik gambar.



Semalam, Albert Yu Yeong Jian, 54 tahun, didenda $7,500 kerana menggunakan dron seberat 570 gram tidak berdaftar itu tahun lalu.



Dia menggunakan dron tersebut sekali lagi pada pagi hari sama pada ketinggian melebihi 200 kaki (61 meter) atas paras laut, yang memerlukan permit.



Empat lagi tuduhan serupa diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa pada 27 Mei 2020 pada sekitar 8 pagi, Yu menggunakan dronnya untuk mengambil gambar bumbung Hall 4 di NTU.



"Tertuduh melakukan demikian atas permintaan rakan kerjanya untuk memastikan bumbung itu sudah dibersihkan dengan betul," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) David Koh.



Kemudian, Yu pergi ke tempat letak kereta F di NTU dan menggunakan dronnya bagi mengambil gambar secara riadah.



Siasatan menunjukkan dron tersebut digunakan pada ketinggian maksimum, iaitu sekitar 155 meter, dekat Dewan Sukan dan Rekreasi NTU.



Kesalahan itu dikesan aeroskop Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).



Kakitangan RSAF lalu menghubungi Yu, yang kemudian mematuhi permintaan mereka agar berhenti menggunakan dron tersebut ketika itu.



Bagi kesalahan mengendalikan pesawat tanpa pemandu tidak didaftarkan di Singapura oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Yu boleh didenda $10,000, dipenjara hingga enam bulan, atau dikenakan kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >