PENGURUS perumahan dan perkhidmatan bantuan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang ingin memeriksa sama ada bumbung di sebuah dewan di kampus sudah dibersihkan dengan betul menggunakan dron tanpa lesen untuk mengambil gambar.
Pada Isnin (8 Nov), Albert Yu Yeong Jian, 54 tahun, didenda $7,500 kerana menggunakan dron seberat 570 gram tidak berdaftar itu tahun lalu.
Dia menggunakan dron tersebut sekali lagi pada pagi yang sama pada ketinggian melebihi 200 kaki (61 meter) atas paras laut, yang memerlukan permit.
Empat lagi tuduhan serupa diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa pada 27 Mei 2020 pada sekitar 8 pagi, Yu menggunakan dronnya untuk mengambil gambar bumbung Hall 4 di NTU.
“Tertuduh melakukan demikian atas permintaan rakan kerjanya untuk memastikan sama ada bumbung itu sudah dibersihkan dengan betul,” kata Timbalan Pendakwa Raya David Koh.
Kesalahan itu dikesan aeroscope Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).
Kakitangan RSAF lalu menghubungi Yu yang kemudian menuruti permintaan mereka untuk berhenti menggunakan dron tersebut pada ketika itu.