Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Pengurus proaktif tingkat diri, kekal relevan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pengurus proaktif tingkat diri, kekal relevan

Sep 02, 2021 | 05:30 AM

HAMPIR dua dekad lalu, dia bermula sebagai teknisyen apabila melangkah masuk ke syarikat perkhidmatan sains hayat global, Thermo Fisher Scientific.

Waktu itu, dia hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelatih Industri (ITC) dalam jurusan kejuruteraan mekanikal dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Dover.

Namun, berkat ketekunannya mempertingkat diri, Encik Aarman Yazeed Ahmad, 43 tahun, dinaikkan pangkat dan kini seorang pengurus pengilangan.

Antara tanggungjawabnya ialah mengurus sekumpulan teknisyen.

Ahad lalu, bapa dua anak itu dijadikan contoh dalam Rapat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebagai antara individu Melayu yang semakin berjaya.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Aarman berkata:

"Jika mahu kekal relevan dalam industri, ia penting mempertingkatkan kemahiran, daripada terus berada di status quo (keadaan sedia ada)."

Sewaktu kerjayanya, dia secara sukarela menuntut sambilan di Politeknik Nanyang (NYP) dan berjaya meraih diploma bidang kejuruteraan jitu pada 2005. Dia kemudian meneruskan pendidikan peringkat Diploma Lanjutan kejuruteraan industri di Politeknik Ngee Ann pada 2012.

Walupun mengakui sukar dan mencabar membahagi masa antara komitmen pelajaran dengan pekerjaan, Encik Aarman berkata sokongan keluarga serta rakan kerjanya banyak memberinya dorongan.

Encik Aarman berhasrat melanjutkan pelajaran di peringkat universiti kelak.

Yakin dalam pembelajaran sepanjang hayat, dia berkata:

"Nasihat saya kepada semua adalah untuk kekal relevan. Perlu proaktif dan mengetahui apa yang baru dan boleh dipelajari untuk membantu anda berkembang dalam kerjaya anda. Jangan berhenti di mana anda berada dan terus pertingkatkan diri."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3