Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Pengurus restoran Hajah Maimunah mengaku lontar botol bahan api, cetus kebakaran rumah bekas isteri

Apr 26, 2021 | 05:12 PM



PENGURUS dan anak pemilik Restoran Hajah Maimunah, Ismail Didih Ibrahim telah mengaku melontar botol mengandungi bahan api dengan sumbu kain yang dibakar ke rumah bekas isterinya tahun lalu lantas merosakkan hartanah itu.



Ismail, kini berusia 36 tahun, berbuat demikian untuk membalas dendam dan turut menyembur huruf “O$P$” pada hartanah itu, menyebabkan pegawai polis yang menyiasat kes tersebut menyangka perbuatan itu angkara pemiutang wang haram.



Tiada sesiapa cedera dalam serangan tersebut tetapi bekas isteri Ismail yang berusia 32 tahun begitu terjejas sehingga perlu menghadiri sesi kaunseling.



Keluarga beliau juga memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mereka di Telok Kurau kerana berasa dalam bahaya.



Dihadapkan ke mahkamah pada Isnin (26 April), Ismail mengaku bersalah melakukan perbuatan nakal menggunakan api atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan. Beliau juga berdepan dengan satu lagi tuduhan di bawah Akta (Langkah-Langkah Sementara) Covid-19.



Dokumen mahkamah berkata Ismail bertugas sebagai pengurus di restoran milik ibu bapanya semasa melakukan kesalahan itu.



Maklumat di pangkalan data Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) menunjukkan Ismail seorang pemilik saham syarikat Hjh Maimunah Catering yang dimiliki keluarganya.



Mahkamah diberitahu Ismail dan bekas isterinya mendirikan rumah tangga pada 2017, tetapi bercerai selang dua tahun.



Pada 12 Mei 2020, semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 berkuat kuasa di sini, Ismail dikatakan telah memandu ke rumah bekas isterinya dengan membawa botol mengandungi pencair cat dan setin penyembur cat hitam.



Dia juga membawa baju hujan untuk menyembunyikan identitinya.



Timbalan Pendakwa Raya Chong Kee En berkata rakaman CCTV menunjukkan Ismail menyiapkan alat letupan koktel Molotov itu dengan menuang pencair cat ke dalam botol kosong dan menyumbatnya dengan cebisan kain.



Selang lima minit, Ismail berjalan ke rumah bekas isterinya, menyembur perkataan ‘O$P$’ dan melontar botol yang telah dinyalakan itu ke rumah tersebut, menyebabkan kebakaran.



Bekas isteri Ismail dan keluarganya, yang berada di tingkat lebih tinggi rumah tersebut, tidak sedar kebakaran itu berlaku sehingga diberitahu jiran. Jiran itu juga membantu memadamkan api.



Keluarga bekas isterinya kemudian membuat laporan polis.



DPP Chong berkata kebakaran itu menyebabkan kerosakan tembok dan bahagian rumah bernilai sekitar $6,000.



Ismail, pada masa ini, telah memulangkan $5,000 kepada bekas isterinya dan menderma $3,000 kepada tiga badan kebajikan pilihan beliau.



Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin $20,000 dan akan dijatuh hukuman pada 21 Jun.



Jika sabit kesalahan berkelakuan nakal menggunakan api, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >