Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengurus sumber manusia anak syarikat Hyflux hadapi tuduhan rasuah

Jun 03, 2020 | 03:53 PM



PENGURUS sumber manusia bagi sebuah anak syarikat Hyflux hadapi tuduhan melakukan rasuah, hari ini.



Khoo Chen Ee, 36, seorang pengurus di Hydrochem (S), dituduh menerima atau bersetuju untuk menerima "ganjaran" kira-kira $7,000 dalam tiga kesempatan antara bulan Ogos dan Disember 2018 dari pengarah Leeds HR Solution, Encik Elumalai Selvakumar.



Hydrochem adalah pendahulu Hyflux. Ia ditubuhkan oleh pengasas Hyflux, Cik Olivia Lum, pada 1989 dan menjadi anak syarikat milik penuh ketika Hyflux diperbadankan pada 2000 sebelum penyenaraian awamnya. 



Syarikat rawatan air yang bermasalah itu kini dalam siasatan jenayah kerana disyaki membuat penyataan palsu dan mengelirukan, serta ketidakpatuhan terhadap piawaian perakaunan.



Khoo, seorang penduduk tetap, menyatakan di mahkamah hari ini beliau berhasrat untuk mengaku bersalah. Dia akan kembali ke mahkamah pada 26 Jun ini.



Biro Penyiasatan Amalan Rasuah (CPIB) tidak menyatakan apakah Encik Elumalai menghadapi tuduhan rasuah, tetapi ia memberi amaran bahawa perniagaan harus memiliki persaingan yang setara untuk memajukan minat mereka dan terlibat dalam persaingan yang jujur.



"Individu yang menggunakan cara rasuah untuk memajukan kepentingan perniagaan harus menghadapi akibat sepenuhnya dari undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.



Mereka yang disabitkan dengan kesalahan rasuah boleh didenda hingga $100,000 atau dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >