Pengurus Zam Zam didakwa di mahkamah sebabkan pekerja Victory ini cedera

SEORANG pengurus Zam Zam Restaurant Pte Ltd, Zackeer Abbass Khan, 45 tahun, bersama enam lelaki lain telah didakwa di mahkamah semalam kerana dituduh menyerang seorang pekerja Victory Restaurant Pte Ltd hingga dikatakan mengalami kecacatan berkekalan di wajahnya.

Akibat tindakan yang didakwa itu, mangsa, Encik Liakath Ali, 52 tahun, mengalami kecederaan serius selepas dikatakan dikelar dengan pisau dalam satu kejadian yang berlaku di Arab Street pada 26 Ogos lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto