Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengurusan bangunan Republic Plaza kerja rapat dengan MOM siasat kejadian gondola mengayun di tingkat 58

Jan 15, 2019 | 08:37 PM



JURUCAKAP pengurusan bangunan Republic Plaza berkata mereka sedang bekerja rapat dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk menyiasat satu kejadian gondola dengan empat pekerja mengayun dan berlanggar dengan muka bangunan itu di tingkat 58.



Menerusi satu kenyataan, jurucakap itu berkata pihak pengurusan bangunan Republic Plaza sedar tentang kejadian yang berlaku pada 9 Januari lalu itu.



“Empat pekerja daripada kontraktor pembersihan yang dilantik kami berada dalam gondola untuk membersihkan muka bangunan Republic Plaza apabila angin yang kuat tiba-tiba menyebabkan gondola tersebut mengayun semasa hendak dinaikkan dari tingkat 50 ke bumbung bangunan.



“Disebabkan cuaca, ini boleh berlaku dari masa ke semasa.



“Oleh kerana keselamatan pekerja merupakan keutamaan kami, kami menghentikan kerja pembersihan itu selepas dimaklumkan tentangnya,” katanya.



Jurucakap tersebut juga berkata gondola itu disahkan selamat untuk digunakan dan pekerja juga terlatih serta mempunyai pentauliahan untuk menjalankan kerja pembersihan muka bangunan di tempat yang tinggi.



Pekerja yang menaiki gondola itu turut dilengkapi dengan Kelengkapan Perlindungan Peribadi (PPE).



Tiada orang cedera akibat kejadian tersebut.



Jurucakap itu juga berkata mereka sedang bekerja rapat dengan MOM untuk menyiasat hal itu dan mencari cara untuk mengurangkan gondola terayun akibat perubahan cuaca yang tidak dijangkakan.



Awal dari itu, MOM berkata mereka telah menggantung semua kerja pembersihan bagi muka bangunan Republic Plaza di Raffles Place selepas kejadian itu.



MOM turut berkata mereka sedang menyiasat kejadian tersebut.



Republic Plaza mempunyai ketinggian 280 meter dengan 66 tingkat dan merupakan antara bangunan tertinggi di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >