Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengurusan selamat lebih ketat di Pelabuhan ikan Jurong, Senoko

Bilangan yang masuk kawasan jual beli dihadkan, kemudahan awam diasing bagi kumpulan pekerja berbeza
Jul 29, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN orang yang memasuki kawasan jual beli akan dihadkan, sementara kemudahan seperti tandas, tempat makan dan kawasan hisap rokok akan diasingkan bagi kumpulan pekerja berbeza di dua pelabuhan perikanan di sini.



Bekas yang mengandungi ikan juga akan dinyahkuman sebelum ia bertukar tangan, dengan pekerja di pelabuhan perikanan hanya dibenar mengambil bekas itu selepas pekerja asing yang membawanya turun keluar dari tempat pemunggahan.



Ini sebahagian langkah pengurusan selamat yang dipertingkat yang telah dilaksana di Pelabuhan Perikanan Senoko (SFP) dan akan dilaksana di di Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) selepas ia dibuka semula pada Sabtu ini, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) semalam.



Langkah-langkah itu dilaksana selepas ia mengadakan siasatan ke atas penularan Covid-19 di Jurong dan mengenal pasti amalan yang boleh diperkukuh, kata SFA dalam kenyataannya semalam.



Mengulas mengenai perkembangan itu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata ia adalah untuk melindungi dengan lebih baik pekerja dan pedagang di pelabuhan perikanan dan masyarakat lebih luas.



"Pelabuhan perikanan adalah komponen penting dalam rantaian bekalan makanan kita. Kelompok yang tercetus di sini boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan mendatangkan risiko ke atas masyarakat," ujar beliau, selepas mengunjungi SFP semalam.



Langkah yang diperketat diperuntuk bagi tiga ruang utama di pelabuhan perikanan iaitu di pintu masuk, kawasan jual beli serta di pelabuhan dan tempat pemunggahan.



Menurut SFA, pemilik pas masuk - yang diberikan kepada penyewa gerai, pekerja dan pedagang - kini perlu menjalani ujian sebelum memasuki pelabuhan perikanan, peruntukan sementara sebelum mereka beralih ke rejim ujian rutin berjadual (RRT) tujuh hari.



"Mereka yang tidak melalui pengujian atau tidak menunjukkan hasil ujian negatif tidak akan dibenarkan memasuki pelabuhan perikanan," kata SFA.



Di tempat jual beli makanan laut pula, duta jarak selamat (SDA) dan pegawai penguatkuasaan (EO) telah menjalankan pengawasan untuk memastikan orang di sana mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM).



SFA berkata penyewa, pekerja dan pedagang makanan laut telah diingatkan supaya mengehadkan interaksi antara satu sama lain dan mematuhi SMM.



Di bawah SMM yang dipertingkat ini, bilangan pedagang makanan laut yang dibenarkan memasuki tempat jual beli pada satu masa akan dihadkan, sementara pekerja dan penyewa akan diasingkan mengikut kumpulan.



Kemudahan seperti tandas, tempat makan dan kawasan menghisap rokok yang berasingan juga disediakan bagi mereka.



Menurut SFA, ia akan mengambil tindakan keras terhadap orang yang didapati melanggar SMM.



Dalam pada itu, langkah pengurusan selamat bagi mengawal interaksi antara pekerja asing dengan pekerja setempat juga telah dipertingkat.



Pemandu penghantaran warga asing tidak dibenarkan keluar dari kenderaan masing-masing semasa mendaftar masuk menggunakan SafeEntry dan pemeriksaan suhu badan bagi mengurangkan peluang mereka bercampur-gaul, kata SFA.



Pekerja setempat di pelabuhan perikanan pula hanya dibenarkan mengambil barangan yang dibawa turun di pelabuhan atau di tempat pemunggahan oleh pekerja asing, selepas pekerja asing itu beredar.



Ini selepas bekas mengandungi ikan dinyahkuman.



Selain itu semua pekerja diperlukan menjaga kebersihan tangan yang sewajarnya, dan memakai pelitup dan sarung tangan semasa bertugas.



Menurut SFA langkah SMM yang lebih ketat juga bakal dilaksanakan di Jurong, kerana kapal nelayan lebih besar biasanya berlabuh di sana.



Ia berkata, pekerja khas akan dikerah ke kawasan pelabuhan untuk mengendalikan 'forklift' atau kren untuk memindahkan makanan laut dari kapal ke pagar untuk diambil oleh pekerja pelabuhan perikanan.




LANGKAH DIPERKETATKAN



Langkah-langkah ini telah berkuatkuasa di Pelabuhan Perikanan Senoko dan akan dilaksana di Pelabuhan Perikanan Jurong apabila ia dibuka Sabtu ini.



PINTU MASUK



  • Semua pemilik pas masuk harus melalui ujian sebelum dibenarkan masuk. Ini sebelum mereka menyertai rejim ujian rutin berjadual (RRT).

  • Mereka yang belum diuji atau tidak menunjukkan hasil ujian negatif tidak akan dibenarkan masuk ke pelabuhan perikanan.

  • Semua pemandu penghantaran asing harus kekal di kenderaan semasa mendaftar melalui SafeEntry dan mengambil suhu badan, supaya mengurangkan campur-gaul.

TEMPAT JUAL BELI



  • Bilangan orang yang dibenar masuk ke sini akan disekat. Ini termasuk mengehadkan bilangan pedagang makanan laut di sini pada satu masa.

  • Penyewa dan pekerja akan diasingkan mengikut kumpulan dan tidak dibenarkan bercampur-gaul.

  • Mereka akan disediakan kemudahan berasingan, termasuk tandas, tempat makan dan kawasan hisap rokok.

TEMPAT PEMUNGGAHAN



  • Semua kegiatan diselia oleh duta jarak selamat dan akan dipantau menerusi CCTV.

  • Bekas menyimpan ikan akan dinyah kuman sebelum diambil.

  • Pekerja harus mengekalkan jarak selamat dengan pekerja asing yang membawa turun barangan. Mereka hanya dibenarkan mengambil barangan selepas pekerja asing beredar dari kawasan pemunggahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >