PENINGKATAN mendadak jemaah umrah dari Kepulauan Riau (Kepri), termasuk Sumatera, turut menarik seorang pengusaha Singapura membuka agensi pelancongan di Batam bagi merebut peluang perniagaan yang semakin terbuka luas.
Pengasas Persatuan Hira, Ustaz Rasman Saridin, 47 tahun, membuka agensinya sendiri, PT Azzam Mecca Tour & Travel, di Gedung Jamsostek di Jalan Imam Bonjol, Nagoya, Batam, November tahun lalu.