Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga bazar berdepan kenaikan harga bahan mentah, masalah logistik

Apr 17, 2022 | 05:30 AM



PADA minggu pertama menjual pakaian tradisional dan kasual untuk wanita dan kanak-kanak di bazar Ramadan di Wisma Geylang Serai, Cik Ereen terpaksa mempamerkan koleksi pakaian lama kerana stok barunya dari Malaysia belum tiba.



Beliau disahkan sebuah gerai hanya kira-kira seminggu sebelum 2 April, hari pertama acara perayaan itu.



Ditambah lagi dengan penghantaran yang lebih perlahan akibat gangguan rantaian bekalan global yang berterusan, beliau kini hanya mempunyai 50 hingga 60 peratus daripada pakaian yang diperlukan di gerainya.



Cik Ereen, yang enggan mendedahkan nama penuhnya, berkata kumpulan pertama stok baru beliau hanya tiba lewat minggu lalu.



Perniagaan juga lebih perlahan berbanding tahun-tahun sebelum pandemik, kata Cik Ereen, yang sudah tiga tahun berniaga di bazar.



"Sepanjang dua minggu ini, perniagaan di gerai kami, Truffles&Cookie, merosot sebanyak 40 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun-tahun sebelumnya. Tapi, kami optimis mengenai hujung minggu panjang ini (cuti Good Friday dan Easter) ini," katanya kepada The Straits Times.



Walaupun para vendor berasa lega kerana bazar telah membuat kemunculan semula selepas dua tahun berehat dek pandemik, peniaga gerai sedang bergelut untuk memastikan perniagaan mereka beroperasi di tahap optimal di tengah-tengah masalah rantaian bekalan, sewa yang lebih tinggi dan kenaikan harga makanan dan minyak.



Beberapa vendor juga berkata mereka perlu tergesa-gesa untuk menyiapkan gerai mereka dan menjamin peralatan serta bekalan kerana bidaan mereka untuk ruang gerai hanya disahkan seminggu sebelum bazar dibuka.



Menurut portal perolehan pemerintah GeBiz, Persatuan Rakyat menganugerahkan tender untuk mengendalikan bazar Geylang Serai kepada Orange Travel pada 23 Mac - kurang dua minggu sebelum ia bermula.



Di pasar malam Ang Mo Kio Central, pemilik gerai burger Ramly, Encik Zain Abdul Rahin, berkata gerainya hanya disahkan dua hari sebelum pasar malam itu dibuka pada 9 April lalu.



Beliau tergesa-gesa mendapatkan barangan utama seperti patti burger dan roti.



Sebelum ini, para pegerai diberikan tempoh sebulan untuk membuat persiapan, tambahnya.



Salah satu gerai makanan yang paling popular di bazar Geylang Serai ialah The Original Vadai.



Barisan panjang sering dilihat di gerai itu, dengan beberapa makanan sneknya habis dijual awal.



Namun, pengarahnya, Encik Stephen Suriyah, berkata margin keuntungan beliau terjejas dek kenaikan harga minyak dan tepung.



Harga bahan makanan telah melonjak di seluruh dunia berikutan konflik berterusan antara Russia dan Ukraine.



"Pada 2021, saya pernah membeli satu tin minyak masak dengan harga $21. Hari ini, minyak masak yang sama berharga sehingga $52. Minyak masak adalah salah satu bahan mentah yang paling kerap kami guna dan kami menggunakan sekurang-kurangnya 150 tin seminggu. Kami terpaksa menaikkan sedikit harga makanan sekadar untuk terus bertahan dan mendapat sedikit pendapatan," katanya sambil menambah bahawa beliau terpaksa menaikkan harga sneknya seperti udang vadai yang popular sebanyak 50 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >