Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga bazar Raya Geylang Serai pamer semangat tinggi: Faishal

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



PENIAGA di bazar Geylang Serai telah mempamerkan semangat yang tinggi dan begitu teruja menjelang tibanya Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), yang juga Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dr Faishal telah merujuk kepada semangat yang ditonjolkan usahawan baju raya yang telah berjaya menampung kos sewa gerai pada awal tempoh bazar tersebut.



"Pasangan yang kini menjadi usahawan Pastels.sg di bazar Geylang Serai menyewa gerai sebanyak $2,000 selama 36 hari.



"Encik Zul (usahawan) berkongsi dengan saya bahawa beliau telah berjaya menampung kos sewanya pada awal tempoh bazar itu bermula," kata Dr Faishal dalam catatannya di Facebook.



Beliau berkata usahawan itu turut berkongsi bahawa terdapat sokongan hebat daripada pelanggan terutama pada petang Jumaat lalu.



Kini stok jualan baju raya mereka semakin susut.



Dalam catatan tersebut, selain Geylang Serai, Dr Faishal juga telah berkongsi tentang lawatannya ke bazar Kampong Glam.



Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin; dan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, turut mengunjungi bazar Glam Eid di Kampong Glam itu pada 4 April.



"Semasa kami berjalan melalui lorong, saya sangat teruja melihat pelbagai gerai.



"Terdapat kraf buatan tangan, gerai makanan tradisional dan kontemporari yang menjual makanan ringan seperti churros, makanan Korea dan bubble tea Arab, serta trak makanan dan gerai panggangan terbuka," kata Encik Masagos dalam Facebooknya.



Bazar Glam Eid di Arab Street itu akan berakhir pada 16 April, manakala bazar Geylang Serai berlangsung sehingga 21 April.




"Pasangan yang kini menjadi usahawan Pastels.sg di bazar Geylang Serai menyewa gerai sebanyak $2,000 selama 36 hari.

Encik Zul (usahawan) berkongsi dengan saya bahawa beliau telah berjaya menampung kos sewanya pada awal tempoh bazar itu bermula."

- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) yang juga Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >