Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga dari rumah kongsi cabaran Covid-19

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



SEKITAR 13 peniaga perusahaan dari rumah (HBB) dari empat sektor perniagaan telah menghadiri satu perbincangan dalam talian anjuran Berita Harian (BH) bersama dengan Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, petang semalam.



Sektor tersebut ialah bidang makanan dan minuman, urutan dan terapi, pakaian dan bidang kosmetik dan solekan.



Semasa perbincangan itu, mereka berkongsi cabaran berkaitan kesan Covid-19 terhadap perniagaan masing-masing.



Secara keseluruhan, cabaran yang dialami pasaran para peniaga HBB tersebut tidak sama dan serata.



Mereka mengalami cabaran dalam memilih apa yang ingin dipasarkan dan sering perlu beralih ke perkhidmatan lain menurut permintaan semasa.



Misalnya, Cik Nur Syazwani Supardi, pemilik perniagaan baju kanak-kanak Just Sweet Threads berkata, pada awalnya, perniagaan beliau meningkat mendadak semasa waktu pemutus rantaian jangkitan.



"Namun sekarang permintaan sudah mula turun mungkin disebabkan ramai orang lebih bebas untuk keluar membeli-belah," katanya.



Antara cabaran lain yang dihadapi ialah gangguan import stok baru akibat sekatan pergerakan.



"Kebanyakan barang kami datang dari Malaysia atau Vietnam dan disebabkan sekatan pergerakan dan penutupan sempadan, tidak mudah untuk kami mengambil stok baru," katanya.



Selain beliau, Cik Siti Sainah Tomari, yang menguruskan perkhidmatan pengurusan jenazah dan juga mempunyai perniagaan membuat kuih-muih pula menyaksikan kesukaran dalam memenuhi permintaan.



Mereka yang menawarkan khidmat urutan seperti Encik Abdul Rahman Ibrahim, pemilik AR Urutan Therapy berkata:



"Perniagaan seolah terhenti kerana ramai yang masih prihatin terhadap risiko jangkitan semasa pandemik ini."



Beliau juga pelbagaikan perniagaannya dengan mengeksport dan import makanan.



Cik Ubaidah Nurul Jannah Abdullah, seorang artis solekan bebas, pula telah menggunakan masa lapang semasa pandemik ini untuk mendapatkan pensijilan daripada Akademi Kosmoprof.



Namun beliau berkata, terdapat cabaran dalam memilih kursus yang sesuai menyusuli program latihan semula atau pelajaran sepanjang hayat, seperti SkillsFuture.



"Tidak semua latihan yang mungkin kita perlukan ditawarkan dalam SkillsFuture atau mungkin pendedahannya masih agak kurang," katanya lagi.



Menyusuli itu, Cik Rahayu berkata terdapat pelbagai badan yang boleh dirujuk untuk meminta bantuan seperti pusat syarikat kecil dan sederhana di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (SME@DPPMS) dan rangkaian M Kuasa Tiga (M3).



"Kerencaman dan keperluan perniagaan anda agak berbeza dan penyelesaiannya juga berbeza.



"Yang penting, kita harus kekal prihatin terhadap ekonomi, terhadap ekosistem dan trend-trend (pasaran) yang sedia ada... adakah perniagaan anda dapat dikekalkan buat jangka panjang... dan jika anda perlukan idea... untuk mengembangkan perniagaan, anda boleh merujuk kepada wadah seperti tersebut."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >