Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIRI 'BINCANG BH': PERBINCANGAN MEJA BUNDAR BERSAMA ENCIK SAKTIANDI SUPAAT

Peniaga digesa ambil peluang kepesatan ekonomi China

May 29, 2016 | 05:30 AM



CHINA masih tumbuh pesat dan akan muncul sebagai gelombang seterusnya dalam pertumbuhan ekonomi dunia, sekali gus menawarkan peluang besar kepada perniagaan serta pekerja setempat, kata Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Azmoon Ahmad.



"Sedang kita membincangkan tentang teknologi disruptif, atau teknologi yang mengubah seluruh industri, kita perlu melihat gelombang ekonomi global, dan China ialah gelombang seterusnya," ujar Encik Azmoon.



Beliau naib presiden kanan syarikat automotif China, Desay SV Automotive.



Pertumbuhan itu bermakna konsumerisme golongan kelas pertengahan di China akan meningkat, sekali gus menawarkan peluang kepada perniagaan Singapura, katanya.



Beliau memberi contoh syarikat e-dagang China, Alibaba, yang menjadi popular apabila mewujudkan wadah menjual barangan dari China ke negara lain.



Kini, syarikat yang diasaskan Encik Jack Ma - dilaporkan sebagai individu terkaya di China - itu merancang menyediakan wadah untuk menjual produk dari luar negara ke China pula.



Encik Azmoon turut menarik perhatian tentang 30 juta penduduk Muslim di China yang menawarkan pasaran bagi peniaga Melayu/Islam di sini.



Daripada pengalamannya berurusan di China, beliau berkata warga China amat 'savvy' menggunakan Internet dan kerap membeli barangan melalui dalam talian.



Beliau turut menggambarkan betapa besarnya pasaran di China.



Jika negara itu mempunyai 1.3 bilion penduduk, 10 peratus daripadanya ialah 130 juta, atau 25 kali ganda berbanding bilangan penduduk Singapura.



"Saya ingin menggalakkan syarikat Singapura agar memandang ke arah ini," ujarnya, yang juga anggota Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan (CFE).



Namun, beliau akur bahasa mungkin menjadi hambatan.



Oleh itu, beliau menyarankan agar peniaga yang mahu mengembangkan sayap ke China belajar asas bahasa Mandarin.



Selain China, Encik Azmoon berkata enjin pertumbuhan seterusnya ialah Indonesia, Vietnam atau Myanmar.



"Kita perlu menetapkan haluan kita dengan baik. Jika kita boleh manfaatkan gelombang itu, banyak yang boleh kita raih daripadanya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >