Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga F&B lega dengan kelonggaran, penambahan pelanggan

Jul 09, 2021 | 05:30 AM



PENGENDALI kedai makanan dan minuman (F&B) akhirnya dapat menghembuskan sedikit nafas kelegaan, setelah pemerintah mengumumkan kelonggaran sekatan menjamu selera di premis F&B.



Sehingga lima pelanggan dibenarkan duduk semeja mulai 12 Julai ini dan akan dinaikkan lagi kepada lapan orang kelak jika keadaan bertambah baik.



Peniaga F&B yang ditinjau Berita Harian (BH) semalam berkata, dengan membolehkan lebih ramai orang duduk semeja untuk makan, penduduk di sini akan lebih didorong melanggani tempat makan dan restoran tempatan bersama teman dan keluarga mereka, dan tidak duduk secara berasingan seperti sekarang.



Pemilik kedai Aroma Kampung seperti Cik Siti Khadjiah Mukhit menjangkakan perniagaannya bangkit semula sebanyak 30 peratus. Namun menurutnya jangkaan itu merupakan satu anggaran sederhana, kerana sedang pemilik F&B membuat persiapan untuk pembukaan semula itu, perjalanan mereka menuju ke arah kebangkitan semula itu masih agak jauh lagi.



Pada Januari lalu, beliau menutup restorannya di Joo Chiat ekoran harga sewa yang semakin naik, dan kini beroperasi di kedai kopi Makan Empire di Kaki Bukit.



Pengendali kedai F&B berkata mereka memerlukan pelanggan datang ke cawangan mereka bukan sekadar untuk menanggung kos yang tetap berjalan, bahkan untuk menyokong pekerja serta menyemarakkan lagi sekitaran perniagaan F&B di sini.



Mereka berkata, keadaan tidak menentu di bawah peraturan semasa - iaitu dengan had dua pelanggan semeja - termasuk kemerosotan hingga sekitar 80 peratus pada sekatan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) telah membawa kesan yang mendalam bagi peniaga dan pelanggan sejagat.



"Kami berharap orang akan datang lagi ke sinilah, sama seperti dahulu," kata Cik Khadijah yang berniaga dari tujuh pagi hingga lewat senja.



"Kalau tak macam tak berbaloi kita berniaga sebab tak ada orang yang datang," kata jirannya di Makan Empire Cik Noraini (Hanney) Esa yang memiliki Ginger Wok.



Mereka juga menjelaskan, pelanggan kini enggan makan di luar kerana peraturan kian berubah dari masa ke masa.



"Kita pun khuatir kalau hanya dibolehkan lima orang semeja pun mereka takut kalau tempat itu penuh dan mereka terpaksa cari tempat makan lain. Sama seperti sekatan dua pelanggan semeja kini, mereka tak tahu kalau ada cukup tempat atau tidak," ujar Cik Noraini lagi.



Encik Andin Saifullah, antara empat rakan perniagaan yang memiliki kedai kopi Makan Empire yang dibuka pada November lalu, berkata:



"Kita benar-benar perlukan lebih ramai orang sebab sewa dekat sini parah."



Tidak seperti penjaja di pusat makanan di bawah kendalian Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang menerima pelepasan sewa dan kos basuh pinggan dan cuci meja, Encik Andin menjelaskan mereka bergantung pada tuan tanah privet yang juga bergantung kepada permohonan rebat sewa komersial dari pemerintah.



"Kos lebih $50,000 itu terpaksa kami tanggunglah sekarang. Kalau tuan tanah tak dapat kita pun tak dapat," kata Encik Andin.



Selain berharap bilangan pelanggan akan naik, risiko kemunculan sebuah kelompok jangkitan di premis F&B juga menjadi satu keprihatinan utama.



Pengendali premis F&B lain seperti atrium makanan Boleh Boleh! sedang membuat persiapan bagi pembukaan semula itu.



"Kami menjangkakan lebih ramai orang akan datang ke premis kami. Tapi kami juga percaya pelanggan akan masih bersikap berjaga-jaga semasa tempoh ini.



"Buat jangka pendek ini kami masih tak tentu bagaimana peraturan baru ini akan menjejas perniagaan kami berbanding zaman sebelum Covid-19," kata pihak pengurusan atrium makanan itu yang dibuka di Clementi Mall Disember lalu.



Ia berkata, antara persiapan mereka adalah untuk meletakkan tanda jarak selamat 1 meter serta notis peringatan agar pelanggan terus mematuhi langkah berjaga.



Encik Sufi Hassan, ketua pegawai operasi The Black Hole Group yang menguruskan rangkaian kafe seperti Afterwit dan The Mad Sailor berkata: "Kelonggaran ini memang amat membantu bagi kami kerana beroperasi dengan had dua orang semeja sahaja membuat orang ramai tidak dapat duduk bersama keluarga dan teman-teman mereka. Sebab itu mereka tak suka makan di luar.



"Berdasarkan bilangan kes jangkitan yang semakin turun, saya kira peniaga F&B dan masyarakat di sini menyambut baik peraturan lima pelanggan semeja ini."



Berkongsi pendapatnya, Ketua pegawai eksekutif (CEO) Singapore Hospitality Group, Encik Ali Abbas yang memiliki restoran Royal Palm dan The Landmark berkata: "F&B merupakan sebuah industri yang penting di Singapura dan industri lain - seperti sektor perniagaan runcit misalnya - juga bergantung padanya.



"Kalau bilangan yang dibolehkan makan di luar berkurangan, pelanggan kedai di pusat beli-belah juga berkurangan. Dan penduduk di sini memang gemar menjamu selera di luar.



"Jadi dengan adanya lebih ramai orang yang dibolehkan makan di luar, ia bukan sahaja menyokong peniaga F&B malah, keadaan perniagaan secara keseluruhan termasuk perniagaan runcit dijangka bertambah lebih baik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >