Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga F&B lega dengan kelonggaran, tapi tetap hati-hati

Akan tinjau keadaan sekitar seminggu sebelum buat sebarang keputusan perniagaan, sedia bahan tambahan
Jul 13, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN sedar keadaan tidak akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat, peniaga makanan dan minuman (F&B) di sini tetap menanam harapan perniagan mereka dapat bertambah baik dengan lebih banyak kelonggaran yang diumumkan.



Pada masa yang sama, sikap berjaga-jaga terus diterapkan demi mempersiap diri menghadapi sebarang kegenjotan yang mungkin berlaku dalam keadaan pandemik Covid-19 yang tidak menentu.



Dengan keadaan Covid-19 di Singapura yang semakin terkawal berserta program vaksin yang terus berjalan lancar, lebih banyak kelonggaran diumum pemerintah termasuk meningkatkan jumlah pelanggan yang boleh duduk semeja di tempat makan daripada dua kepada lima orang mulai semalam.



Peniaga yang ditinjau Berita Harian (BH) akui perniagaan mungkin lebih baik berbanding sebelumnya, namun sedar ia tidak menjanjikan kestabilan yang berterusan.



Mereka juga akan meninjau keadaan selama lebih seminggu sebelum membuat sebarang keputusan perniagaan.



Demikian pendekatan yang diambil peniaga nasi padang di pasar Geylang Serai, Cik Salmah Bee, 63 tahun, yang mengharapkan supaya suasana di pusat penjaja Geylang Serai kembali meriah hujung minggu ini.



"Kebanyakan pelanggan di sini merupakan mereka yang pergi ke pasar di bawah atau pergi beli baju bersama keluarga, jadi bila tak ada tempat untuk duduk makan, mereka biasanya akan terus pulang.



"Jadi memang kita harapkan lebih ramai dapat duduk makan, kalau tak niaga terus menjunam sahaja," kata pemilik Ali's Corner yang telah dikendalikan di Geylang sejak 12 tahun lalu.



Menurutnya juga, makanan yang dijual lebih sesuai dimakan sebaik dihidangkan, dan tidak ramai yang ke sana hanya untuk beli dan bungkus.



Tambahan lagi, pekerja pejabat yang biasanya datang semasa makan tengah hari juga agak berkurangan disebabkan banyak pejabat masih tutup, katanya.



Cik Salmah menambah beliau akan menilai keadaan serta respons pelanggan hingga hujung minggu ini sebelum memutuskan sama ada perlu menyediakan sebarang bahan-bahan tambahan.



Pendekatan yang sama diambil penjaja gerai nasi ayam penyet Nur Indah Kitchen, Cik Roziah Adon, 61 tahun, yang mengendalikan tiga cawangan di Bedok Corner, Bedok North dan Bedok South.



Menurutnya, keadaan jelas lebih baik hari ini berbanding minggu-minggu sebelumnya, terutama sekali di cawangan Bedok Corner yang biasanya dikunjungi keluarga dan pekerja pejabat.



"Walaupun baru hari pertama, memang dah nampak bezanya.



"Tapi kita akan tunggu dan lihat keadaan macam mana dalam masa satu atau dua hari lagi, lepas itu baru kita pertimbang langkah-langkah yang perlu diambil," ujarnya.



Cik Roziah berkata beliau bersyukur perniagaannya masih dapat diteruskan, namun akui masih belum sampai ke tahap penjualan sebelum Covid-19 meskipun dua tahun sudah berlalu.



"Keadaan sekarang memang mencabar untuk peniaga makanan dan minuman, tapi keyakinan mesti ada yang keadaan boleh kembali seperti sebelumnya, kerana kita perlu semangat ini untuk terus hadapi ketidaktentuan ini," kata Cik Roziah.



Encik Ahmad Musthafa, 60 tahun, yang mengendalikan gerai juadah makanan India, Tawfeek's Cuisines di Pusat Penjaja Makanan Newton, tidak menjangkakan perniagaannya akan bertambah baik meskipun dengan peraturan lima orang semeja sekarang.



"Sebenarnya kami dapat bertahan hanya dengan bantuan sewa yang diberi pemerintah. Walaupun lebih ramai yang dibolehkan makan bersama, kami akan terus menghadapi kesukaran untuk berniaga selagi tak ada pelancong dan pekerja pejabat yang sering ke sini," katanya. 




"Keadaan sekarang memang mencabar untuk peniaga makanan dan minuman, tapi keyakinan mesti ada yang keadaan boleh kembali seperti sebelumnya, kerana kita perlu semangat ini untuk terus hadapi ketidaktentuan ini."
- Cik Roziah Adon, yang mengendalikan tiga cawangan gerai nasi ayam penyet Nur Indah Kitchen di Bedok Corner, Bedok North dan Bedok South.



"Sebenarnya kami dapat bertahan hanya dengan bantuan sewa yang diberi pemerintah. Walaupun lebih ramai yang dibolehkan makan bersama, kami akan terus menghadapi kesukaran untuk berniaga selagi tak ada pelancong dan pekerja pejabat yang sering ke sini."
- Encik Ahmad Musthafa, yang mengendalikan gerai juadah makanan India, Tawfeek's Cuisines di Pusat Penjaja Makanan Newton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >