Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KESAN GELOMBANG JANGKITAN COVID-19 TERBARU

Peniaga F&B prihatin walau tidak terjejas sejauh ini

Bimbang langkah pengurusan selamat diperketat semula kerana boleh hambat niaga, jejas pemulihan
Jul 07, 2022 | 05:30 AM



GELOMBANG terkini Covid-19 di Singapura tidak menjejas perniagaan makanan dan minuman (F&B) sejauh ini, namun peniaga tetap prihatin jumlah kes harian yang meningkat akan menghambat proses pemulihan mereka.



Beberapa peniaga memberitahu Berita Harian bahawa sejak langkah pengurusan selamat dilonggarkan Mac lalu, perniagaan mereka bertambah baik dan pendapatan mereka semakin meningkat.



Namun, dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 harian, mereka prihatin ia boleh menjejas pemulihan dan rancangan perkembangan perniagaan mereka, terutamanya jika langkah pengurusan selamat diperketat semula.



Ini meskipun Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Lawrence Wong, baru-baru ini berkata langkah pengurusan selamat tidak perlu diperketat buat masa ini, tetapi penyesuaian akan dibuat jika diperlukan.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pula kelmarin berkata di Parlimen bahawa Singapura sudah menghampiri atau sudah berada di kemuncak gelombang jangkitan Covid-19 terkini.



Pemilik Kafe I Am Cafe, Encik Jamuri Busori, berkata selepas pelonggaran Mac lalu, penjualan bulanannya kini mencapai sekitar 70 peratus penjualan sebelum pandemik itu dan beliau menganggarkan perniagaannya akan pulih menjelang hujung tahun ini.



Kenaikan kes Covid-19 di Singapura tidak menjejas perniagaan sejauh ini, namun sekiranya langkah peraturan diperketat, ia akan menangguh proses pemulihan perniagaannya, ujar beliau.



"Saya gembira melihat keadaan sekarang, yang seakan kembali normal. Bukan orang tempatan sahaja yang datang makan, malah pelancong juga.



"Namun, jika kita kembali ke tahap memperketatkan langkah-langkah, saya rasa ia akan menghambat perniagaan dan ekonomi akan terjejas. Tiada siapa mahukan perkara itu berlaku," tambah Encik Jamuri.



Ketua pegawai operasi rangkaian kafe dan restoran The Black Hole Group, Encik Sufi Hassan, melahirkan sentimen serupa, sambil menambah bahawa kebanyakan perniagaan F&B kini sedang berusaha mengatasi kerugian pendapatan sejak dua tahun lalu.



"Ini adalah masa pemulihan bagi peniaga F&B. Jika langkah pengurusan selamat diperketat semula, ia akan menyebabkan kerumitan untuk perniagaan," kata beliau.



Pemilik restoran halal Italy Kucina, Cef Gero Di Maria Mohammed Omar, bagaimanapun, berkata beliau tidak begitu bimbang, sambil menambah bahawa beliau tidak fikir pemerintah akan mengembalikan langkah peraturan selamat semasa gelombang Covid-19 terkini "kerana mereka tidak boleh terus ke belakang".



"Saya rasa rakyat Singapura pun sekarang jauh lebih bersedia dan kita tahu apa yang perlu dilakukan semasa gelombang terkini, iaitu terus mengambil langkah berhati-hati dan menjaga kebersihan," kata beliau.



Selepas pelonggaran dilaksana, Cef Gero menyaksikan penjualan perniagaannya meningkat sekitar 30 peratus sejak awal tahun ini.



Pengarah urusan Rumah Makan Minang, Encik Hazmi Zin, juga berkongsi bahawa perniagaan mereka, terutamanya cawangan di Kandahar Street, semakin rancak dengan kehadiran pelancong dan tempahan, namun beliau tetap bimbang sekiranya pemerintah memperketat langkah-langkah keselamatan.



Ini lebih-lebih lagi sedang inflasi kian meningkat, menyebabkan harga makanan, elektrik dan gas naik.



"Sejauh ini, keadaan nampak sudah kembali seperti biasa. Tetapi kami tetap risau dan berharap peraturan keselamatan tidak akan diperketat semula dan kita tidak kembali ke keadaan saiz kumpulan lebih kecil apaibla menjamu selera di luar.



"Tiada siapa mahu melalui fasa itu lagi. Ini lebih-lebih lagi dengan tekanan inflasi dan harga barang semuanya sudah naik. Ia akan menjejas semua perniagaan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >