Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga F&B siap terima kumpulan lima orang

Jul 12, 2021 | 05:30 AM



DENGAN sekatan menjamu selera di kedai makan dilonggarkan hari ini untuk membenarkan kumpulan hingga lima orang makan bersama, pemilik perniagaan dan minuman tidak sabar untuk menerima lebih ramai pelanggan dan giat membuat persiapan.



Sementara itu, warga Singapura juga membuat rancangan untuk makan dalam kumpulan yang lebih besar.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), pemilik bersama Asap & Co, Encik Isrudy Shaik, berkata tempahan untuk menjamu selera di restorannya meningkat sebanyak 50 peratus berbanding sebelum ini di mana hanya dua orang dapat makan bersama.



"Sebelum ini, pelanggan kami lebih kepada mereka yang mengunjungi kedai tanpa membuat tempahan. Ramai merupakan pasangan yang menjamu selera tanpa anak-anak. Makanan yang dipesan juga jumlahnya kecil berbanding dengan kumpulan lebih besar," kata beliau.



Menurutnya lagi, apabila pemerintah sebelum ini mengumumkan penundaan bahawa orang ramai hanya boleh menjamu selera di kedai makan mulai 21 Jun iaitu seminggu selepas sekatan di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) dilonggarkan, restorannya terpaksa menjadualkan semula tempahan dan memulangkan wang pendahuluan pelanggan yang membuat tempahan.



Kini, Encik Isrudy rasa lebih positif memandangkan sekatan semakin dilonggarkan.



"Kami sedang menyiapkan lebih banyak ruang tempat duduk. Kami juga akan terus berhati-hati dari segi penjejakan kontak dan memeriksa suhu badan," tambahnya.



Melahirkan rasa optimistik juga, Encik Asyraf Mohamed Rasheed, pemilik The Halal Corner, berkata mereka sedang menyimpan stok lebih tinggi dan telah memperkenalkan sistem 'imbas untuk pesan' di mana pelanggan boleh membuat pesanan sendiri.



Ini, menurutnya untuk mengurangkan kontak antara kakitangan mereka dan pelanggan.



"Hari untuk kita menjamu selera bersama keluarga lebih besar sudah tiba tetapi kita masih perlu berhati-hati dan mengamalkan jarak selamat," ujarnya.



Selain pemilik perniagaan, warga Singapura juga kini dapat menikmati makanan di restoran bersama lebih ramai orang.



Antara mereka yang telah membuat rancangan untuk menjamu selera bersama rakan ialah Cik Putri Mardhiyah Yazid, 24 tahun.



"Saya rasa lega sangat apabila sekatan sudah pun dilonggarkan. Dah lama rasanya tak berjumpa dengan kawan-kawan, jadi apabila sekatan dilonggarkan, saya rasa gembira sangat. Rasa macam ada 'reunion'," ujar guru prasekolah itu yang turut berkata beliau masih tetap terus berwaspada memandangkan Covid-19 boleh ada di mana-mana.



Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor, berkata sepanjang tahun lalu, mereka telah menyaksikan daya tahan pemilik perniagaan makanan dan minuman dalam menangani langkah pengurusan selamat.



Justeru, dengan lebih ramai orang boleh menjamu selera kini, DPPMS berharap dapat melihat perniagaan pulih dalam minggu-minggu mendatang.



"Kami yakin bahawa dengan kemajuan bertahap terhadap mengekang pandemik ini diiringi dengan kadar vaksinasi yang semakin meningkat, pemilik perniagaan makanan dan minuman boleh menantikan peraturan yang berpotensi akan dilonggarkan lanjut dalam masa akan datang," ujarnya.



Namun, DPPMS menasihati agar syarikat makanan dan minuman serta orang ramai terus kekal berhati-hati dan mematuhi langkah pengurusan selamat agar memastikan Singapura selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >