Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Peniaga jangka pendapatan naik sekurang-kurangnya 30% bulan ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SUNTIKAN NAFAS BARU KAMPONG GLAM

Peniaga jangka pendapatan naik sekurang-kurangnya 30% bulan ini

Aug 13, 2022 | 05:30 AM

KAFE Rumi: The Poet's Cup di Haji Lane antara perniagaan yang terjejas oleh langkah menggantung penutupan jalan raya sejak Covid-19 melanda.

Justeru, apabila pemerintah kembali menutup jalan itu dan beberapa jalan lain di kawasan Kampong Glam sejak sekitar tiga minggu lalu, pengarahnya, Encik Syahruramadhan, yang lebih mesra dengan panggilan Aden, amat mengalu-alukan langkah tersebut.

"Ciri Haji Lane kita kini seperti yang kita bayangkan dan yang kita kenali," kata Encik Aden, 31 tahun.

Dengan penutupan jalan raya itu, kafenya kini dapat menempatkan 70 pelanggan pada satu-satu masa, terdiri daripada 16 tempat duduk di ruang dalam dan 54 di luar.

Encik Aden berkata beliau menjangkakan peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 30 peratus bulan ini ekoran penutupan semula jalan raya itu mulai 22 Julai lalu.

Di Haji Lane, jalan raya ditutup setiap Isnin hingga Jumaat dari 3 petang hingga 1 pagi.

Pada Sabtu, Ahad, sehari sebelum cuti umum dan pada cuti umum, ia ditutup dari 12 tengah hari hingga 1 pagi.

Penutupan jalan di kawasan Kampong Glam digantung sejak Mac 2020 selaras dengan langkah negara untuk tidak menggalak orang ramai berkumpul demi mengurangkan penularan Covid-19.

Jun lalu, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan lima agensi berkaitan telah memberi peringatan kepada kedai-kedai di Haji Lane supaya bekerjasama dalam mematuhi peraturan keselamatan di jalan raya yang masih dibuka kepada trafik itu.

Pada waktu itu, Encik Aden berusaha mendapatkan sokongan ramai untuk mengembalikan penutupan jalan di Haji Lane melalui kempen dan petisyen di media sosial.

Kini, beliau berkata lebih ramai orang dilihat kembali ke Haji Lane untuk berjalan-jalan dan menikmati suasana menjamu selera di luar yang ditawarkan pengendali makanan dan minuman (F&B) di situ.

"Kanak-kanak dapat berlari-lari dengan bebas dan selamat di jalan raya yang kini bebas gangguan.

"Kami sungguh lega mendapat tahu yang pemerintah mengambil kira keprihatinan kami dalam menyambung semula penutupan jalan di Haji Lane," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3