Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIAPAN BAGI FASA KEDUA: MAKANAN DAN MINUMAN (F&B)

Peniaga kedai makan mula rancak buat persiapan

Jun 17, 2020 | 05:30 AM



PERSIAPAN untuk menyambut semula pelanggan menjamu selera di kedai-kedai pada Jumaat ini kini sedang rancak dijalankan oleh para peniaga makanan dan minuman (F&B).



Mereka yang dihubungi Berita Harian melahirkan rasa lega dan ghairah untuk menyediakan semula khidmat layanan dalam kedai mereka setelah sekatan pergerakan dilonggarkan dalam Singapura melangkah ke fasa kedua pembukaan semula ekonomi.



Di bawah langkah itu, sebahagian besar perniagaan akan dibuka semula termasuk restoran, kafe dan gerai makanan yang akan menyambut pelanggan buat pertama kali sejak April.



Pemilik bersama Black Hole Group yang memiliki rangkaian enam kafe, Encik Mustaffa Kamal, berkata meskipun pengumuman itu agak mendadak dan terlalu cepat untuknya beroperasi sepenuhnya pada Jumaat, ia tetap satu berita yang amat melegakan.



"Sekurang-kurangnya empat kedai F&B kami akan beroperasi pada Jumaat. Kami akan berusaha menggunakan peluang baki Jun ini untuk mendapatkan semula pendapatan yang hilang.



"Kami juga harus menyusun semula tempat duduk sejajar dengan langkah jarak sosial dan sistem 'Safe Entry'.



"Memandangkan kami tidak mempunyai operasi makan dalam kafe selama beberapa bulan sekarang, maka latihan semula diperlukan bagi peralihan yang licin.



"Cuma satunya dari sudut tenaga kerja, pekerja Malaysia kami masih tersekat di sana kerana sekatan pergerakan," ujarnya yang menggajikan 80 pekerja.



Encik Mustafa berharap dengan pelonggaran sekatan ini, syarikat itu dapat pulih semula kepada pendapatan bulanan puratanya.



"Sejauh ini di peringkat kumpulan, kami kerugian pendapatan sekitar $250,000 sebulan," tambahnya.



Melahirkan kelegaan, Pengasas All Things Delicious, Cik Dewi Imelda Wadhwa, berkata pembukaan itu memang dinanti-nantikan dan pengumuman lebih awal itu memang satu kejutan yang manis.



"Kami sudah merancangkan pembukaan semula ini dan inilah masanya untuk melaksanakan langkah-langkah yang dirancangkan.



"Kami tentunya akan melaksanakan garis panduan keselamatan. Tetapi, selain itu kami sedang memikirkan untuk menerima hanya tempahan buat sementara ini kerana tempat duduk yang amat terhad buat masa ini," katanya.



Cik Dewi juga akan terus menawarkan khidmat penghantaran di laman webnya kerana akur akan tetap ada mereka yang berwaspada untuk keluar rumah.



Bagi pengurus Mukmin Restaurant, Cik Siti Faridahanim Hashim, permintaan ramai pelanggan 'terkabul' juga dengan pembukaan semula itu.



"Ramai pelanggan sering bertanya bila boleh makan di sini, jadi kami memang gembira ini dibenarkan.



"Kini kami sedang sibuk persiapkan kedai kopi ini dari segi penyusunan meja mengikut jarak selamat dan pengawalan orang ramai.



"Jangkaan kami, penjualan daripada pelanggan 'walk-in' tentunya akan meningkat tetapi kami juga akan terus berikan khidmat penghantaran pada masa yang sama," ujarnya sambil menambah khidmat penghantaran dapat mengurangkan kesan penggerai di kedai kopi sebanyak 50 peratus hingga 80 peratus.



Cik Siti Faridahanim, yang juga memiliki agensi pelancongan Sha Travel, berharap pelanggan akan faham dan mengamalkan jarak sosial dalam keghairahan untuk makan di luar semula dan akan mengeluarkan nasihat di laman Facebook kedai kopi itu juga.



Bagi sesetengah peniaga pula, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk bersedia ekoran pengumuman yang mendadak itu.



Misalnya, Encik Sanny Abdul Salim, pemilik kafe El Cubanos, berkata beliau akan hanya membuka kedai dengan sepenuhnya pada 1 Julai nanti.



Selain prihatin tentang kesihatan pelanggan, pihaknya juga memerlukan lebih banyak masa untuk membersihkan kedai dan persiapkan pekerja.



"Kami ingin bersiap sepenuhnya sebab sudah beberapa bulan tidak beroperasi sebagai kedai makan.



"Kami perlukan masa membersihkan kedai dengan teliti seperti penyenggaraan hawa dingin, memastikan bahan makanan dan pekerja yang cukup ada, barulah kami mahu membuka restoran," terangnya.



Justeru, buat masa ini, restorannya akan terus menawarkan khidmat penghantaran dan promosi bagi mereka yang menempah makanan ke rumah.




"Sekurang-kurangnya empat kedai F&B kami akan beroperasi pada Jumaat. Kami akan berusaha menggunakan peluang baki Jun ini untuk mendapatkan semula pendapatan yang hilang...

Memandangkan kami tidak mempunyai operasi makan dalam kafe selama beberapa bulan sekarang, maka latihan semula diperlukan bagi peralihan yang licin.

Cuma satunya dari sudut tenaga kerja, pekerja Malaysia kami masih tersekat di sana kerana sekatan pergerakan."

- Encik Mustaffa Kamal, pemilik bersama Black Hole Group yang memiliki rangkaian enam kafe.



"Kami sudah merancangkan pembukaan semula ini dan inilah masanya untuk melaksanakan langkah-langkah yang dirancangkan.

Kami tentunya akan melaksanakan garis panduan keselamatan. Tetapi, selain itu kami sedang memikirkan untuk menerima hanya tempahan buat sementara ini kerana tempat duduk yang amat terhad buat masa ini."

- Cik Dewi Imelda Wadhwa, pengasas All Things Delicious.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >