Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga kek Jas Delight didenda kerana beri maklumat palsu

Dec 11, 2015 | 02:55 PM



SEORANG peniaga kek dan puff yang berkerja sendiri didenda $10,000 dan dikenakan bayaran penalti $27,000 hari ini, Jumaat (11 Disember) kerana memberikan maklumat palsu bagi mendapatkan bayaran tunai Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC) berjumlah $9,000 untuk perniagaannya.


Junaidah Abu Samah, 42 tahun, mengaku bersalah di atas tuduhan penipuan PIC di bawah Akta Cukai Pendapatan.


Dia adalah pemilik Jas Delight yang menjual cream puff serta kek gulung buatan sendiri.


Pada 2013, tertuduh menandatangani dan menyerahkan borang permohonan bayaran tunai PIC, yang akan membenarkannya menuntut sebahagian daripada kos membeli peralatan automasi bernilai $15,000.


Untuk memenuhi syarat-syarat tuntutan itu, dia mengisytiharkan secara palsu kepada Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri (Iras) bahawa dia mempunyai tiga pekerja tempatan, walaupun dia sebenarnya bekerja sendiri.


Dia juga telah mendakwa membuat sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sebanyak $18 bagi setiap seorang pada bulan terakhir tahun kewangan Jas Delight.


Siasatan Iras mendedahkan bahawa dia telah meminta izin kenalannya untuk menggunakan nama-nama mereka di dalam borang permohonan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >