Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Peniaga muda teruja dapat urus gerai songkok di bazar WGS

Apr 01, 2022 | 05:30 AM



RAMADAN tahun ini cukup istimewa bagi seorang pengendali gerai bazar generasi keempat jenama songkok terkenal di sini.



Harapan Encik Muhammad Zafri Amani Muhammad Yusri, mengurus sebuah cawangan gerai Songkok Kamil di Bazar Hari Raya Geylang Serai sepanjang dua tahun lalu tidak kesampaian berikutan Covid-19.



Dengan bazar itu dikembalikan secara lebih kecil tahun ini di Wisma Geylang Serai (WGS) teknisyen berusia 21 tahun itu akhirnya diberi peluang mengendali satu daripada dua gerai songkok itu setelah mendapat restu keluarganya.



"Ini satu saat yang sangat dinanti-nantikan buat saya - untuk mengurus gerai sendiri di bazar Hari Raya," ujar Encik Zafri ketika ditemui kelmarin petang.



Encik Zafri memberitahu, sejak di tajaka lagi, beliau telah membantu datuk, pakcik dan makciknya menguruskan gerai jenama keluarganya itu, sejak di Pasar Geylang Serai lama di Blok 2.



Sebelum pandemik, gerai mereka berpangkalan di bazar Hari Raya Geylang Serai sepanjang Geylang Road dan juga di Joo Chiat di bawah jejambat lalu lintas dengan Pasar Geylang Serai.



"Sejak kecil saya nak lakukan ini," tambahnya.



Beliau menjangkakan ramai pelanggan akan datang ke bazar itu pada bulan Ramadan ini.



Dinamakan Pengalaman Membeli-Belah Hari Raya Geylang Serai (GSHRSE), bazar itu menawarkan 40 gerai secara keseluruhan; 20 gerai di luar sepanjang Geylang Road dan 20 lagi di dalam WGS.



Terdapat lapan gerai makanan dan lain pula adalah kedai runcit menjual pelbagai produk daripada pakaian, khidmat berinai dan lain-lain lagi.



"Ramai orang, termasuk saya, sudah menunggu bila akan datangnya bazar Ramadan sepanjang pandemik ini.



"Alhamdulillah dengan keadaan pandemik semakin reda sekarang, kami boleh sambung semula niaga. Pasti suasananya akan meriah," tambah beliau.



Songkok Kamil telah mengemuka bidaan tender bagi tiga ruang gerai di bazar itu; dua di dalam WGS sepanjang Geylang Road dan satu di luar WGS.



Setiap ruang adalah seluas sembilan meter persegi.



Di dalam, dua ruang gerai digabungkan kepada satu, dikendali Encik Zafri dengan teman-temannya.



Satu lagi gerai di luar WGS pula dikendali pemilik jenama Songkok Kamil itu sendiri, Encik Hanapi Jaffar, 67 tahun bersama anak dan saudaranya.



Mereka kelihatan sibuk membuat persiapan kelmarin, dengan mengisi stok baru songkok buatan Surabaya itu, termasuk stok yang telah ditempah sejak dua tahun lalu sebelum bazar Hari Raya Geylang Serai dibatalkan.



Beberapa pengendali gerai lain turut kelihatan membuat perancangan dan persiapan di ruang masing-masing malam kelmarin.



Menurut Encik Zafri, terdapat lebih 200 kotak stok yang ditempah dua tahun lalu merangkumi ribuan songkok.



"Kalau menurut pengalaman kami, memang selalu stok akan habis dijual dan pertengahan bulan nanti kita kena tempah semula stok baru," kata Encik Zafri, yang telah mengambil cuti sepanjang bulan dari kerja sepenuh masanya untuk mengendali gerai itu.



Encik Hanapi, yang telah menguruskan perniagaan songkok sejak ia ditubuhkan pada tahun 1970 turut berada di situ untuk memastikan gerainya lengkap dan selesa bagi pelanggan.



"Tahun ini saya ada banyak produk untuk dijual termasuk produk baru," kata beliau.



"Kita ada songkok, kita ada sampul raya dan lain-lain lagi, dan buat pertama kali kita ada selendang.



"Saya ambil tiga gerai sebab orang kita memang suka tengok barang dan rasakan mutunya, dan saya jangkakan ramai akan datang ke sini sebab sudah dua tahun kita tak ada bazar di Geylang Serai," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >