Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga, pelanggan akur bazar tutup demi kebaikan semua

Mar 19, 2020 | 05:30 AM



MESKIPUN ada yang mengeluh bahawa tradisi ini dikikis, dan meninggalkan kesan besar ke atas perniagaan, peniaga dan orang awam yang dihubungi Berita Harian (BH) rata-rata akur bahawa ini suatu yang perlu dilakukan demi kebaikan masyarakat.



Tiga bazar raya utama - di Geylang Serai, Tampines dan Woodlands - kini dibatalkan, menurut Persatuan Rakyat (PA) dalam kenyataannya semalam, antara langkah pencegahan penularan Covid-19.



Encik Amrin Amin, Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang - yang menganjur dan mengendalikan Bazar Raya Utara di Woodlands - berkata beliau dan pasukannya telah merancang sejak Januari dan berasa sedih kerana bazar tidak diadakan pada musim perayaan nanti.



Namun, keselamatan dan kesihatan awam lebih penting, katanya.



"Kita perlu menyesuaikan diri kepada Ramadan dan Syawal yang berbeza... bazar ini hanya satu contoh.



"Ia (membatalkan bazar) wajar tetapi kesannya adalah besar," kata Encik Amrin, yang berkata beliau telah menghubungi beberapa pegerai yang terjejas dan bercadang memberi mereka sokongan lebih lanjut.



Bersependapat, Cik Vivienna Hamzah, pengurus projek kanan MegaXpress, yang sebelum ini memohon tender di Bazar Raya Utara berkata:



"Ia keputusan paling wajar dan paling sesuai untuk melindungi kepentingan masyarakat lebih-lebih lagi dengan jumlah kes yang terus meningkat setiap hari. Jika kita teruskan bazar ini, ia mungkin mencabar untuk menjejaki setiap individu disebabkan skalanya."



Peniaga Syed Uzair Syed Abu Bakar, berkongsi bahawa pada awalnya beliau masih berharap dapat membuka gerai di kawasan kejiranan memandangkan saiz jumlah pengunjung lebih kecil. Gerai Broti SG miliknya menyewa ruang di bazar itu setiap tahun sejak beberapa tahun lalu.



"Ketiadaan bazar tahun ini dibuat pada saat akhir... jadi kami sedang fikirkan cara untuk terus kekalkan hubungan bersama pelanggan dan teruskan penjualan."



Seorang lagi peniaga Cik Raziah Alia Abdul Wahab telah menyusun rancangan lain.



Pemilik butik pakaian muslimah Alia Anggun itu berkata buat pertama kali dalam 20 tahun, beliau akan melakukan penjualan pakaian Hari Raya dalam talian setelah sekian lama mengadakan gerai di Bazar Raya.



"Kami sudah pun mendapat bekalan pakaian bagi tahun ini... jadi saya terpaksa menjualnya di dalam talian," kata beliau.



Warga Melayu Islam di sini turut meluahkan perasaan mereka di media sosial, kebanyakannya menyokong langkah ini.



Cik Tina Jaydee, menulis di Facebook berkata: "Walau tak meriah, demi keselamatan kita besama dari wabak yang sedang melanda, tentuya saya akur."



Seorang lagi pengguna Facebook Cik Salma Hamid berkata lebaran ini akan kurang meriah tanpa bazar Namun belilau akur membatalkan bazar wajar untuk mencegah penluaran Covid-19.



Bersependapat, mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Muhammad Edrie Rizwan, 24 tahun, berkata:



"Saya agak sedih kerana memang kebiasaan bagi saya, keluarga dan rakan-rakan untuk ke Geylang sewaktu Ramadan. Namun saya tahu bahawa meniadakan bazar adalah langkah yang baik dan saya harap usaha ini dapat mengekang penularan Covid-19.



"Harap-harap ada gerai yang tetap jual juadah buka puasa di dalam talian... sekurang-kurangnya, kita masih boleh menikmati juadah itu." 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >