Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga, pembekal siapkan bekalan kurma awal-awal

Mar 13, 2021 | 05:30 AM



MENJELANG Ramadan ini, beberapa peruncit setempat sudah mendapat bekalan kurma yang mencukupi untuk memenuhi permintaan.



Namun, ada juga yang melaporkan kesukaran mendapatkan bekalan beberapa jenis kurma disebabkan rantaian bekalan yang terganggu dek pandemik Covid-19.



Syarikat pembekal, OS Bagus Foodstuff, misalnya, mendapatkan bekalan kurma mereka dua bulan lebih awal.



Begitu juga pasar raya halal setempat, SuzyAmeerFrozen, di mana mereka mula mendapatkan bekalan kurma mereka sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum bulan Ramadan.



Ada juga yang mereka menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan beberapa jenis kurma disebabkan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.



Menurut Encik Ronnie Faizal Tan, naib presiden Hao Halal Hub, jenis-jenis kurma yang boleh didapatkan kini berkurangan berbanding sebelum wabak koronavirus melanda.



"Walaupun Covid-19 melanda awal tahun lalu, kami masih boleh mendapatkan bekalan dari pembekal kami. Tetapi tahun ini, rantaian bekalan terganggu oleh wabak ini," tambah beliau.



Bagi Encik Abdul Kadir Abdul Hamid, sebagai pembekal, beliau menghadapi masalah kelewatan menerima bekalan kurma untuk tahun ini.



"Tahun ini, terdapat sedikit masalah mendapatkan bekalan kami pada waktu yang ditetapkan kerana kerana sekatan dek Covid. Dan disebabkan masalah penghantaran, harga juga naik sedikit," jelasnya.



Hampir kesemua syarikat ini mendapatkan bekalan kurma mereka dari negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Jordan, dan Palestin. Ada juga yang mendapatkan bekalan dari negara Afrika Utara seperti Algeria dan Tunisia.



Peniaga yang dihubungi juga berkata penjualan kurma meningkat kira-kira dua bulan sebelum bermulanya bulan Ramadan.



Encik Abdur Rahman Bahurudeen, pengerusi syarikat Al Barakah Health & Beauty Mart, berkata: "Pembelian kurma biasanya akan meningkat menjelang Ramadan dan akan terus meningkat sehingga permulaan Ramadan setiap tahun, dan tidak ada beza tahun ini."



"Walaupun kurma juga dijual pada bulan-bulan biasa, namun begitu, ia tidak setanding penjualan pada bulan puasa," ujar pemilik syarikat OS Bagus Foodstuff, Encik Abdul Kadir Abdul Hamid.



Namun begitu, ramai para peniaga berharap penjualan kurma akan tetap rancak, dengan permintaan yang semakin meningkat.



"Kami berharap penjualan untuk kurma akan terus meningkat tahun ini," kata pemilik pasar raya SuzyAmeerFrozen, Encik Ameeroodin Khairoodeen, yang berkata para pembeli sudah pun mula membeli kurma untuk bulan puasa yang akan datang.



Untuk memastikan bekalan yang mencukupi, Encik Tan berkata pihaknya akan melakukan apa sahaja supaya bekalan tidak terputus.



"Ini juga bergantung kepada apa yang boleh dihantar pembekal kami," katanya.



Tambahnya lagi, kurma ini bukan sahaja dibeli oleh pembeli biasa.



"Ramai pembeli kami merupakan pengusaha makanan yang membeli buah kurma ini untuk makanan dan juga kuih muih. Maka, dengan itu, ia akan menambah permintaan untuk bekalan kurma," jelasnya.



Penjualan kurma kini bukan sahaja di kedai-kedai dan pasar raya fizikal, malah buah yang mengandungi nutrien tinggi ini turut dijual di wadah dalam talian.



Ustaz Tamlikhaa Khamsani merupakan salah seorang usahawan yang menjual kurma melalui wadah Instagram beliau. Meskipun tidak mempunyai kedai sendiri, beliau giat melakukan perniagaan dari dalam talian.



"Saya membuat keputusan untuk menjual kurma kerana saya lihat terdapat pasaran untuk buah kurma, dan responsnya yang diterima amat baik. Namun, saya hanya menjualnya pada bulan Ramadan kerana permintaan yang tinggi," katanya.




JUAL KURMA GUNAKAN INSTAGRAM



''Saya membuat keputusan untuk menjual kurma kerana saya lihat terdapat pasaran untuk buah kurma, dan responsnya yang diterima amat baik. Namun, saya hanya menjualnya pada bulan Ramadan kerana permintaan yang tinggi.''
- Ustaz Tamlikhaa Khamsani merupakan salah seorang usahawan yang menjual kurma melalui wadah Instagram




RANTAIAN BEKALAN TERGANGGU



''Walaupun Covid-19 melanda awal tahun lalu, kami masih boleh mendapatkan bekalan dari pembekal kami. Tetapi tahun ini, rantaian bekalan terganggu oleh wabak ini.''
- Encik Ronnie Faizal Tan, Naib Presiden Hao Halal Hub




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >