Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga sambut baik usaha kawal sewa, prihatin andai timbul kos lain di Geylang

Apr 14, 2019 | 05:30 AM



PENIAGA menyambut baik usaha mengawal kos sewa di Bazar Raya Geylang Serai.



Bahkan, mereka merancang menyalurkan penjimatan kepada kegiatan seperti pemasaran dan tenaga kerja tahun ini.



Namun, ada juga peniaga yang prihatin jika penganjur akan mengenakan bayaran tambahan lain dengan adanya had sewa.



Ekoran harga sewa yang melambung tinggi hingga mencecah $20,000 sejak beberapa tahun lalu, Wisma Geylang Serai (WGS), penyelaras bazar Raya di kawasan popular itu tahun ini, membataskan sewa kepada $14,000.



Kadar sewa bergantung pada lokasi dan jenis perniagaan.



Tahun ini, Orange Travel dan Enniche Global Trading - konsortium yang terdiri daripada Enniche Events, Happy Fun Fair Events dan KB Live Fest - memenangi tender mengendalikan bazar.



Sebanyak 500 hingga 700 gerai akan disediakan di sekitar WGS, Geylang Road dan depan Pasar Geylang Serai.



Mengalu-alukan langkah itu, pemilik kedai pakaian Adrianna Yariqa, Cik Nurlida Yusof, berkata:



"Ini akan menolong kami menumpukan perhatian kepada penjualan. Kos perniagaan juga boleh disalurkan dengan lebih baik dalam aspek lain seperti pemasaran lebih berkesan dan menggajikan lebih banyak tenaga kerja."



Dengan langkah mengehadkan sewa, Cik Raiha Mohd, pengasas pankek Cake Love SG, mendapati kos sewa Geylang Serai "lebih menarik daripada bazar kawasan kejiranan". Bahkan, katanya, ada beberapa tempat kawasan kejiranan mengenakan harga sewa tinggi.



Lega dengan perkembangan itu, Cik Asyiqin Jumato, pemilik Ilham Collections, yang berniaga di situ semasa Ramadan sejak lima tahun lalu, berkata sewa tahun ini lebih dimampui.



"Setiap tahun, saya akan sewa gerai di lokasi yang agak sama dan saya lega kadar sewa di Geylang Serai tahun ini sudah balik ke asal.



"Tahun lalu, sebab diperkenal gerai berhawa dingin, sewa satu gerai mencecah hingga $8,000. Kali ini, bagi dua gerai, sewa saya sekitar $9,000," ujarnya.



Pemilik Broti SG, Syed Uzair Syed Abu Bakar, berkata langkah mengawal sewa amat membantu peniaga, bukan sahaja dalam menurunkan kos perniagaan, malah harga barangan.



"Ini akan banyak menolong kami menurunkan kos perniagaan kerana sejak beberapa tahun lalu, harga sewa mencapai paras tinggi hingga menjejas keuntungan. Ini kemudian membuat kami terpaksa menaikkan harga produk.



"Justeru, langkah ini menunjukkan sekurang-kurangnya, aduan kami didengar dan diambil kira," ujarnya.



Beliau juga prihatin jika penganjur akan mengenakan "bayaran pembersihan tambahan" setelah membataskan kadar sewa.



Pemilik perusahaan snek dan minuman Katoshka, Encik Muhammad Hasif Othman, pula berpendapat sewa $14,000 tidak seharusnya dianggap 'dimampui', apatah lagi belum termasuk bayaran lain seperti penggunaan tenaga elektrik dan air.



"Berbanding kadar sewa tahun lalu yang melambung hingga $20,000, harga tahun ini lebih dimampui. Namun, bayangkan menjual produk berharga $4 atau $5, saya harus menjual begitu banyak setiap hari hanya untuk membiayai kos sewa," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >