Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Peniaga setempat, luar negara sertai pameran khazanah seni Islam

Apr 14, 2018 | 05:30 AM



SELAIN mempamerkan artifak khazanah seni Islam, pameran The Muslim World juga menampilkan para peniaga setempat dan luar negara menjual pelbagai barangan.



Perunding bagi Orange Events & Media, Encik Osman Arrifin, bagi acara pameran khazanah lama Seni Islam anjuran Jamiyah Singapura, berkata para peniaga ini diberi peluang dalam mendekati pengunjung mempromosikan barangan masing-masing.



Terdapat lebih 150 reruai dan gerai dengan pegerai yang menjual produk bermutu kepada pengunjung termasuk barangan peniaga dari Mesir, China dan Malaysia.



Jamiyah bekerjasama dengan Orange Events & Media dan Dragon Heart Sdn Bhd bagi pameran kali ini yang menampilkan lebih banyak artifak dan program bagi pengunjung pelbagai usia.



Pameran Artifak Rasulullah saw dan Para Sahabat akan diadakan di Dewan 4B Singapore Expo telah berlangsung hingga esok.



Antara yang terlibat dalam pameran ini adalah syarikat Doktor Kereta.



Doktor Kereta akan menyediakan khidmat konsultansi kepada pelanggan yang ingin membeli kereta terpakai dan kereta baru, memperbaharui COE atau kereta.



Malah pelanggan boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma mengenai urusan jual beli kereta dengan syarikat tersebut,



Pelanggan juga berpeluang membeli kereta Hyundai baru dengan membayar wang pendahuluan hanya $5,000.



Malah pembeli bakal mendapat rebat wang tunai antara $4,000 hingga $5,000 jika membeli kereta terpakai.



Bagi mereka yang menggemarkan minuman unik dan hip, syarikat menjual minuman Boo:Eh memastikan tetamu minuman yang 'berbuih'.



Pemiliknya, Cik Noraziana Mohamed berkata acara pertama yang mereka sertai adalah di acara Laloolalang pada 6 Jun 2017.



Semenjak itu, Cik Noraziana aktif dan gigih untuk menyertai acara/pameran bagi menaikkan nama dan mengenalkan minuman itu kepada masyarakat Singapura.



Sementara syarikat Sweetrose Couture pula menyediakan pakaian Muslimah yang anggun dan sopan.



Pemiliknya, Cik Rashidah Mohamed berkata pemilihan pakaian yang dijual yang sesuai dipakai pada apa jua majlis.



"Kami mengambil kira citarasa orang Singapura daripada segi corak, warna dan pemilihan fabrik. Pemilihan fabrik juga amat penting demi keselesaan para pelanggan terutama dengan cuaca Singapura," ujar Cik Rashidah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >