Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga setempat perlu berfikiran lebih yakin: Ketua Persekutuan Perniagaan SG

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



SALAH satu hambatan terhadap kemajuan serta kejayaan yang beliau dapati dalam kalangan peniaga tempatan ialah pemikiran bahawa mereka tidak mampu melakukan sesuatu perkara itu sendiri tanpa sokongan.



Usaha untuk mengubah daya pemikiran dalam kalangan peniaga ini merupakan antara cabaran paling sukar bagi mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Ho Meng Kit, dalam tempoh 10 tahun khidmatnya di badan itu.



Walaupun krisis Covid-19 menyebabkan banyak perniagaan 'tersentak', namun ia mungkin anjakan yang diperlukan untuk mengubah cara pemikiran tersebut.



Ia turut menonjolkan daya tahan perniagaan di Singapura serta keupayaannya untuk menyesuaikan diri terhadap keadaan apabila perlu, kata Encik Ho dalam satu sesi temu ramah bersama pihak media baru-baru ini.



"Memang usaha untuk mengubah gaya pemikiran (peniaga untuk lebih bersedia) bertindak merupakan satu cabaran besar.



"Tapi, Covid-19 telah 'memaksa' kita untuk bertindak, tak kira syarikat besar mahupun kecil. Kami di SBF juga perlu melakukan perkara yang tidak pernah kami lakukan sebelum ini," katanya.



Tambahnya beliau berasa berpuas hati melihat lebih banyak perniagaan yang kekal positif dalam keadaan ekonomi yang muram dan mendekati SBF untuk meneroka cara-cara membangun perniagaan termasuk memanfaatkan pasaran antarabangsa.



Encik Ho, 64 tahun, yang bakal mengundur diri daripada jawatan CEO SBF mulai 1 Januari, berkata SBF kini lebih menonjol sebagai 'suara' masyarakat peniaga berbanding 10 tahun lalu.



Ia juga kini memangkinkan lebih banyak kerjasama dengan persatuan pedagang, dewan-dewan perniagaan dan juga agensi pemerintah dalam transformasi industri.



Sementara itu, usaha untuk membuka peluang perniagaan tempatan meneroka pasaran antarabangsa kini juga dipertingkat oleh SBF, katanya.



Menyentuh tentang keutamaan dalam mengharungi cabaran Covid-19, Encik Ho berkata ini bukan masanya untuk meremehkan 'ancaman' virus itu walaupun ia kelihatan reda.



"Perniagaan harus mengutamakan usaha mereka meningkatkan semula keuntungan, dan ini harus disusuli dengan pengurusan kewangan (yang bijak).



"Mungkin ramai syarikat yang akan memilih untuk meningkatkan saham mereka dan kami di SBF boleh membantu dari segi membuka peluang antarabangsa.



"Kami ingin membantu lebih banyak perniagaan menebarkan sayap mereka di luar negara, tak kira secara fizikal mahupun digital," katanya.



Semasa tempoh 10 tahun perkhidmatan Encik Ho, SBF telah menyaksikan peningkatan dalam jumlah anggotanya sebanyak hampir 50 peratus dari 18,400 pada 2011 hingga 27,200 sekarang.



Beliau juga telah meningkatkan keupayaan badan itu dalam bidang advokasi, usaha-usaha antarabangsa, memudahkan perniagaan dan memimpin inisiatif kemampanan dan tanggungjawab korporat sosial.



Encik Ho masih tetap akan memainkan peranan di SBF sebagai Penasihat Kanan.



Jawatan beliau akan diambil alih Naib CEO SBF, Encik Lam Yi Young, 48 tahun, yang menyertai badan itu Julai tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >