Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga teruja selepas gerai makan Tekka dibuka semula

Oct 01, 2023 | 03:18 PM



Tidak sabar untuk meneruskan semula perniagaan seperti biasa, Encik Zainon Ahmad, 75 tahun, tiba di gerainya seawal 2.30 pagi pada Ahad untuk menyediakan bahan-bahan masakan.

Penjaja kedai makan itu – yang gerainya terletak di lantai satu Pasar dan Pusat Makan Tekka – teruja kerana akhirnya dapat bertemu semula pelanggan tetapnya selepas bangunan ikonik itu dibuka semula buat kali pertama sejak ia ditutup pada 3 Julai bagi menjalani kerja-kerja peningkatan.

Sebahagian daripada usaha menyuntik nafas baru kepada Pasar dan Pusat Makanan Tekka, termasuk pemasangan jaring yang dapat menghalang burung daripada terbang masuk ke ruang makan berhampiran gerai makan Encik Zainon yang dinamakan ‘Gerai Haji Shaik Vali Ahmad’.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau bersyukur adanya jaring burung itu kerana burung merpati tidak lagi hinggap di meja makan berhampiran gerainya, sekali gus membolehkan pelanggan menikmati juadah dengan selesa.


“Dahulu, saya perlu halau burung merpati daripada meja-meja di sini. Tidak eloklah dari segi kebersihan kalau pelanggan nak makan tetapi ada burung di atas meja. Kadang ada najis burung juga.

“Jadi saya amat gembira apabila saya sampai di sini pada awal pagi dan lihat jaring burung telah dipasang. Alhamdulillah, sejak saya sampai di sini seawal pagi hinggalah sekarang, saya tidak nampak seekor burung pun di atas meja,” ujarnya.

Encik Zainon mengurus gerai itu yang menjual makanan Melayu seperti mi rebus, lontong dan nasi lemak, setiap hari bersama isterinya, Cik Zaiton Shaik Vali Ahmad, 70 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >