Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penilaian mental hanya bagi mereka yang tunjuk tanda

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



PENILAIAN khusus bagi individu yang memaparkan tanda-tanda kesihatan mental adalah usaha lebih berkesan dan bermakna bagi mengenal pasti mereka yang menghadapi isu itu, berbanding pemeriksaan kesihatan mental untuk semua, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.



Usaha itu akan menangani keprihatinan memastikan mereka yang paling mudah terdedah atau berisiko menghadapi isu kesihatan mental dikenal pasti awal, dan campur tangan dilaksanakan bagi melindungi mereka daripada melakukan sesuatu yang berbahaya kepada diri mereka sendiri atau orang lain, tambah Cik Rahayu.



Beliau berkata demikian di Parlimen kelmarin sebagai respons kepada Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) yang menyarankan agar pemeriksaan kesihatan mental yang kerap dapat dilakukan untuk semua.



Dr Wan Rizal telah membentangkan usulannya bertajuk mengutamakan penjagaan kesihatan mental dan sokongan bagi warga Singapura di Parlimen, kelmarin.



Cik Rahayu dalam ucapannya berkata pemerintah mengamalkan pendekatan yang menyeluruh dan pelbagai rampang bagi penjagaan dan sokongan kesihatan mental.



"Strategi utama itu meliputi penggalakan kesihatan mental dan pencegahan awal, pengesanan awal dan campur tangan, pengurusan penyakit, penyepaduan penjagaan, dan sokongan sosial dalam pelbagai keadaan," kata beliau.



Antaranya, Pelan Induk Kesihatan Mental Masyarakat (CMH) dilancarkan pada 2012 untuk memperkukuhkan lagi penjagaan kesihatan mental dalam masyarakat dengan membentuk lebih banyak khidmat berasaskan masyarakat.



Di bawah pelan itu, orang ramai boleh mendapatkan khidmat kesihatan mental dengan lebih mudah dalam sektor penjagaan utama dan masyarakat, dengan 14 poliklinik menawarkan khidmat kesihatan mental dan demensia, dan lebih 220 rakan klinik doktor awam dilatih mendiagnos dan merawat masalah kesihatan mental sehingga hujung tahun lalu.



Dalam usaha memastikan rawatan kesihatan mental terus boleh dimampui, Cik Rahayu berkata pemerintah antara lain telah meningkatkan had pengeluaran MediSave kepada $700 bagi pesakit dengan masalah kronik rumit pada Januari lalu.



Usaha juga dilakukan semasa pandemik Covid-19 ini untuk menangani peningkatan dalam keperluan kesihatan mental yang dijangkakan.



Misalnya, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah menubuhkan Pasukan Bertindak Antara Agensi mengenai Kesihatan dan Kesejahteraan Mental baru untuk menyediakan sokongan kesihatan mental kepada rakyat Singpura.



Pasukan bertindak itu dibentuk hasil usaha memperluaskan Pasukan Bertindak Kesejahteraan Mental Covid-19 (CoMWT), yang ditubuh pada Oktober tahun lalu, untuk menjalankan kajian ke atas kesan psikososial pandemik terhadap penduduk negara.



Meskipun pemerintah dan agensi menjalankan pelbagai usaha, Cik Rahayu berkata pendekatan seluruh masyarakat juga diperlukan untuk menangani isu kesejahteraan mental penduduk.



"Setiap daripada kita mempunyai peranan. Kita boleh bermula dengan belajar lebih lanjut tentang kesihatan mental dan bagaimana kita boleh menyokong satu sama lain dalam menangani cabaran kesihatan mental, mendekati dan kerap tanya khabar tentang orang yang kita sayangi, dan lebih penting, amalkan penjagaan untuk diri sendiri," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >