Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peningkatan 23% minggu ke minggu dalam jangkitan Covid-19, lonjakan didorong oleh subvarian Omicron: MOH

Jun 21, 2022 | 10:10 PM



SINGAPURA telah menyaksikan peningkatan 23 peratus minggu ke minggu dalam jangkitan masyarakat Covid-19, dengan peningkatan sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan penyebaran subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang lebih baru.


Walaupun subvarian BA.2 masih menyumbang sebahagian besar jangkitan Covid-19 Singapura, perkadaran jangkitan BA.4 dan BA.5 semakin meningkat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini pada Selasa (21 Jun).


Sekitar 30 peratus daripada kes Covid-19 dalam masyrakat minggu lalu adalah kes dengan subvarian BA.4 dan BA.5, berbanding masing-masing 17 peratus dan 3 peratus untuk dua minggu sebelumnya.


Subvarian BA.5 sahaja dianggarkan menyumbang kepada 25 peratus daripada semua kes sejauh ini dalam minggu ini, kata MOH. Lonjakan dalam kes BA.4 dan BA.5 berkemungkinan berterusan, didorong oleh sifatnya yang lebih mudah disebarkan berbanding BA.2.


Buat masa ini, bukti antarabangsa dan tempatan menunjukkan bahawa keterukan jangkitan BA.4 dan BA.5 adalah serupa dengan jenis jangkitan Omicron yang terdahulu.


Langkah pengurusan selamat buat masa ini, termasuk keperluan untuk memakai pelitup semasa berada di ruang tertutup dan Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasiuntuk beberapa kegiatan berisiko tinggi, akan kekal, tambah MOH.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >