Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peningkatan Masjid Bencoolen lancar walau ketika Covid-19

Derma orang ramai tetap rancak, masjid dijangka siap sepenuhnya April dan adakan solat Aidilfitri
Jan 06, 2023 | 10:03 PM



MASJID Bencoolen dijangka mengadakan solat Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi sekitar 1,000 jemaah, memandangkan projek peningkatannya dijadualkan siap sepenuhnya menjelang April.


Ini dinyatakan pengerusi masjid di Bencoolen Street itu, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, pada Jumaat (6 Jan).


Fasa pertama peningkatan masjid itu telah selesai, membolehkan ia dibuka semula Khamis lalu, walaupun tidak sepenuhnya, iaitu bagi hingga 300 jemaah sahaja pada satu-satu masa.


Pada Jumaat (6 Jan), masjid berusia sekitar 196 tahun itu mengadakan solat Jumaat pertamanya sejak ditutup pada akhir 2019 bagi sekitar 600 jemaah yang dibahagikan kepada dua sesi.


Kapasiti penuh 1,000 jemaah kelak seganda lebih banyak daripada sekitar 450 jemaah sebelum program peningkatan.


“Masjid ini menjalani program peningkatan selama tiga tahun, jadi detik ini (solat Jumaat) memang dinanti-nantikan.


“Masyarakat Muslim, terutamanya jemaah yang biasa ke sini sebelum ia ditutup sementara, banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang tempoh ini,” kata Encik Rafeeq.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >