Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peningkatan Masjid Bencoolen lancar walau ketika Covid-19

Derma orang ramai tetap rancak, masjid dijangka siap sepenuhnya April dan adakan solat Aidilfitri
Jan 07, 2023 | 05:30 AM



MASJID Bencoolen dijangka mengadakan solat Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi sekitar 1,000 jemaah, memandangkan projek peningkatannya dijadualkan siap sepenuhnya menjelang April.



Ini dinyatakan pengerusi masjid di Bencoolen Street itu, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, semalam.



Fasa pertama peningkatan masjid itu telah selesai, membolehkan ia dibuka semula Khamis lalu, walaupun tidak sepenuhnya, iaitu bagi hingga 300 jemaah sahaja pada satu-satu masa.



Semalam, masjid berusia sekitar 196 tahun itu mengadakan solat Jumaat pertamanya sejak ditutup pada akhir 2019 bagi sekitar 600 jemaah yang dibahagikan kepada dua sesi.



Kapasiti penuh 1,000 jemaah kelak seganda lebih banyak daripada sekitar 450 jemaah sebelum program peningkatan.



"Masjid ini menjalani program peningkatan selama tiga tahun, jadi detik ini (solat Jumaat semalam) memang dinanti-nantikan.



"Masyarakat Muslim, terutamanya jemaah yang biasa ke sini sebelum ia ditutup sementara, banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang tempoh ini," kata Encik Rafeeq.



Menurut beliau, program peningkatan yang menelan belanja sekitar $4 juta itu mendapat sokongan Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) sebanyak $1 juta, sementara baki $3 juta disumbang jemaah dari serata Singapura.



Meskipun kerja peningkatan berjalan semasa pandemik Covid-19 di kemuncaknya, derma orang ramai kepada masjid itu tetap rancak, kata Encik Rafeeq.



"Ada jemaah yang kami lawati untuk mendapatkan sumbangan memberi $2,000 sekali gus, dan ada pula jemaah apabila doa dibaca baginya, beliau menderma $4,000 bagi menyokong program peningkatan ini," tambah beliau.



Masjid tersebut dibina antara 1825 dengan 1828 oleh pekerja India Muslim yang berhijrah ke Singapura pada masa itu. Ia dibina semula pada 2004.



Masjid yang terkenal dalam kalangan pekerja dan pelajar yang kerap ke kawasan bandar itu kini dilengkapi dengan kemudahan lebih baik dan akses yang diperbaiki bagi semua jemaah.



Menurut Encik Rafeeq, selain sebuah ruang solat wanita yang dilengkapi dengan tandas dan tempat wuduk, masjid itu mempunyai enam kelas madrasah.



Bagi memasyarakatkan masjid itu, Encik Rafeeq berkata pihaknya bercadang mendekati dan menarik lebih ramai remaja dan pekerja dari bangunan-bangunan berdekatan.



"Kami akan mengadakan pelbagai program khusus untuk belia memandangkan dalam kawasan ini ada insititusi pengajian tinggi dan banyak bangunan pejabat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >