Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peningkatan permintaan antara sebab kos rawat, bekal air S’pura naik

Penggunaan teknologi baru, inovatif bantu PUB jimatkan kos operasi Loji Penambakan Air Tuas
Sep 22, 2023 | 05:00 PM



Penggunaan teknologi baru dan pendekatan inovatif telah membantu agensi air negara, PUB, menjimatkan kos untuk Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) Fasa 2, yang merangkumi Loji Penambakan Air (WRP) Tuas untuk jangka panjang.

Malah, PUB juga mampu menjimatkan kira-kira $650 juta bagi kos operasi setelah berjaya mengelak daripada membina saluran paip yang panjang bagi pelepasan air terawat kerana ia kini berjaya menghasilkan sisa buangan cecair terawat bermutu tinggi lagi bersih yang membolehkan ia dilepaskan terus ke laut.

Kos merawat dan membekal air di sini telah meningkat dengan ketara disebabkan tekanan kos luaran, perubahan iklim dan peningkatan permintaan.

Menurut PUB, kos operasinya telah meningkat sejak 2017 – tarif elektrik (37 peratus), pembinaan (35 peratus), perbelanjaan operasi untuk bahan kimia (33 peratus) dan tenaga kerja luaran (18 peratus).

“Apabila kami mula mereka dan membina (WRP Tuas), kami sudah pun menerapkan beberapa langkah pengurangan kos untuk memastikan kami dapat terus membekalkan sumber air secara mampan,” kata PUB.

Permintaan air di Singapura dijangka naik hampir dua kali ganda menjelang 2065, terutamanya disebabkan oleh dua faktor – pertumbuhan penduduk dan pertumbuhan ekonomi.

“Disebabkan kos pembinaan dan tenaga kerja yang lebih tinggi, Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) Fasa 2, merangkumi Loji Penambakan Air (WRP) Tuas, menelan belanja $6.5 bilion, hampir dua kali ganda berbanding Fasa 1 ($3.4 bilion) bila ia dibina hampir dua dekad lalu,” kata jurucakap PUB.

Antara teknologi baru digunakan untuk memaksimumkan ruang bagi operasi WRP termasuklah penggunaan Tangki Pemendapan Primer Lamella pada peringkat awal bagi mengasingkan pepejal daripada air terpakai agar pepejal mendap ke dasar – membolehkan ruang tangki itu dikurangkan 40 peratus.

PUB juga menggunakan Membrane Bioreactor (MBR) untuk proses rawatan air terpakai, yang merupakan kaedah lebih cekap untuk mengoptimumkan proses rawatan – membolehkan air terpakai dirawat lebih cekap berbanding sistem konvensional.

Usaha pengurangan kos lain termasuk mengguna rawatan biologi berbanding proses rawatan kimia untuk rawatan bau, dan penggunaan teknologi pintar dan reka bentuk kemudahan yang dipertingkat.

WRP Tuas dijadualkan beroperasi menjelang 2026 bagi bahagian barat Singapura, termasuk pusat bandar dan pembangunan akan datang seperti Bandar Tengah dan Daerah Tasik Jurong.

Pihak media pada Khamis berpeluang melawat tapak WRP Tuas yang pembinaannya sudah 30 peratus siap.

“Kami telah melabur $3 bilion dalam tempoh lima tahun lalu untuk prasarana jangka panjang... kami akan terus melabur dalam prasarana untuk memastikan kami boleh terus mengekalkan, memperbaharui atau mengembangkan prasarana kami,” kata PUB.

Apabila siap kelak, WRP Tuas akan ditempatkan bersama dengan Kemudahan Pengurusan Sisa Bersepadu (IWMF) Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bagi membentuk Tuas Nexus, yang menawarkan kemudahan rawatan air terpakai dan sisa pepejal bersepadu pertama di Singapura yang mampu diri atau self-sufficient bagi keperluan tenaga.


WRP Tuas akan menjana 80 peratus tenaga yang diperlukan untuk merawat air terpakai, berbanding hanya 25 peratus untuk WRP Ulu Pandan dan Jurong melalui pelbagai teknologi proses. Ia juga akan mengganti WRP Ulu Pandan dan Jurong setelah ia selesai dibina kelak.

“Matlamat utama kami adalah untuk memastikan kami mempunyai bekalan air (buat Singapura) dan kami sentiasa menggunakan penyelesaian kejuruteraan yang inovatif untuk memastikan bahawa dari segi kapasiti dan kos, kami berada pada trajektori yang mampan,” kata PUB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >