Peningkatan usia sara 63 tahun, ambil semula kerja akan diteruskan pada 2022, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Peningkatan usia sara 63 tahun, ambil semula kerja akan diteruskan pada 2022

Mar 03, 2021 | 05:36 PM

MENINGKATKAN usia persaraan ke 63 tahun dan usia pengambilan kerja semula ke 68 tahun akan diteruskan seperti yang dirancang pada 1 Julai tahun depan, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, pada Rabu (3 Mac).

Perkhidmatan awam juga akan memenuhi komitmen awalnya untuk menaikkan usia itu setahun sebelum penguatkuasaan untuk kira-kira 146,000 pegawainya pada 1 Julai ini, tambahnya.

"Ini akan membantu kita berada di landasan untuk meningkatkan usia persaraan ke 65 dan usia pengambilan kerja semula ke 70 menjelang hujung dekad ini," kata Cik Teo semasa perbahasan belanjawan kementeriannya.

Sementara itu, kenaikan kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk pekerja berumur juga akan diteruskan pada 1 Januari 2022 "jika tiada aral melintang". 

Kenaikan itu, yang sepatutnya dilakukan pada 1 Januari tahun ini, akan melihat majikan dan pekerja menyumbang sama ada 0.5 mata peratusan atau satu mata peratusan lebih untuk pekerja berusia 55 hingga 70 tahun, berdasarkan usia pekerja tersebut.

Ia ditangguhkan selama setahun untuk membantu majikan menguruskan kos di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map