Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipu 'online' sapu $107,000

Sep 12, 2019 | 06:40 PM



DARI Januari hingga Ogos 2019, polis telah menerima sekurang-kurangnya 90 laporan berhubung penipuan yang melibatkan cabutan bertuah yang didakwa diadakan oleh syarikat Lazada dan Shopee.



Mangsa telah dihubungi oleh penipu melalui wadah dalam talian seperti Facebook dan Instagram.



Jumlah yang ditipu adalah sekurang-kurangnya S$107,000.



Dalam kes ini, penipu akan menyamar sebagai kawan atau pengikut mangsa di Facebook dan Instagram.



Mereka kemudian akan meminta mangsa menyerahkan nombor telefon dan imej kad kredit atau kad debit mereka dengan alasan ingin membantu mereka mendaftar untuk cabutan bertuah oleh syarikat Lazada dan Shopee, untuk memenangi wang. 



Mangsa juga diberitahu untuk mendedahkan kata laluan-guna-sekali (OTP) yang diterima mereka.



Mangsa akhirnya menyedari bahawa mereka telah ditipu selepas mendapati transaksi wang yang tidak sah yang dikenakan kepada akaun mereka.



Polis telah mengesahkan bahawa tiada sebarang cabutan bertuah seperti yang didakwa, diadakan oleh syarikat Lazada dan Pembeli.



Dalam kes berasingan, penipu yang menyamar sebagai rakan mangsa di Facebook juga telah meminta mangsa mendedahkan nombor telefon serta OTP Grab mereka.



Sebaik sahaja mangsa mendedahkan kod pengesahan enam angka itu, mangsa akan kehilangan akses atas akaun Grab mereka, yang kemudiannya akan digunakan oleh penipu untuk membeli Razer Gold, iaitu sebentuk kredit maya untuk permainan dalam talian.



Orang ramai dinasihati agar mengamalkan langkah pencegahan jenayah berikut:

- Jangan bersikap terlalu ikutkan hati (impulsif)- Berhati-hatilah dengan permintaan luar biasa daripada orang yang tidak dikenali atau kenalan anda di dalam talian;

- Usah percaya - Berhati-hati dengan sebarang kenyataan bahawa anda telah memenangi hadiah, terutamanya jika anda tidak mengambil bahagian dalam sebarang kempen atau cabutan bertuah. Sentiasa mengesahkan kesahihan permintaan tersebut dengan menghubungi rakan anda, tetapi jangan melakukannya melalui wadah dalam talian kerana akaun itu mungkin telah diambil alih oleh penipu;

- Jangan dedahkan informasi - Jangan pindahkan wang atau berikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank atau butiran kad kredit atau debit anda, dan OTP kepada sesiapa sahaja, termasuk keluarga dan rakan-rakan.



Sekiranya anda ingin memberi sebarang maklumat berkaitan penipuan tersebut, sila hubungi talian hotline polis di 1800-255-0000, atau serahkan aduan anda secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness



Untuk bantuan polis segera, sila hubungi ‘999’.



Anda boleh menghubungi talian bantuan anti-penipuan di 1800-722-6688 atau lungsuri lelaman www.scamalert.sg untuk mendapatkan nasihat berkaitan penipuan. 



Sertai kempen ‘Let’s fight scams’ di www.scamalert.sg/fight dengan mendaftar sebagai seorang penyokong (advocate) untuk menerima mesej terkini dan mengongsikannya dengan keluarga dan rakan-rakan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >