Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipu samar sebagai pekerja Shopee: 46 mangsa rugi sekitar $750,000

May 23, 2023 | 04:13 PM



SEKURANG-kurangnya 46 orang hilang sekitar $750,000 selepas menjadi mangsa kepada satu penipuan pekerjaan di mana penipu menyamar sebagai pekerja Shopee.

Penipuan itu melibatkan mangsa yang mendapat mesej WhatsApp atau telegram daripada seorang individu yang menyamar sebagai pekerja Shopee, meminta mereka untuk ‘like’ barangan yang dipapar pada platform Shopee atau menyertai satu tinjauan Shopee untuk raih sedikit upah, kata polis.

Baru-baru ini, penipu dikesan mengamalkan pendekatan yang lebih canggih untuk menipu mangsa.

Ini termasuk menggunakan maklumat yang boleh diperoleh dengan mudah untuk hasilkan mesej peribadi, dan hasilkan pengenalan pekerja palsu untuk kelihatan lebih diyakini.

“Mangsa yang selesaikan tinjauan itu kemudian akan ditawarkan satu peranan dengan gaji lebih tinggi oleh seorang ‘penolong Shopee’ yang merupakan penipu menyamar sebagai kakitangan perkhidmatan pelanggan Shopee atau seorang mentor Shopee,” tambah polis.

Tugasan ini bermula dengan mendaftarkan satu akaun bersama laman Shopee palsu, di mana mangsa akan diarah memilih ‘pakej tugasan’ yang dibayar lebih awal dan membayar kepada akaun-akaun bank yang diberikan penipu sebelum mereka boleh mulakan ‘kerja’.

Mangsa biasanya menerima pendapatan bertambah pada fasa awal dan akan diberi keyakinan untuk menokok akaun mereka bagi mendapatkan pendapatan yang lebih.

“Mereka kemudian akan sedar bahawa mereka telah ditipu apabila mereka tidak boleh keluarkan pendapatan mereka atau apabila penipu tidak dapat dihubungi lagi,” kata polis.

Polis menasihatkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi ScamShield dan menetapkan ciri-ciri keselamatan, termasuk mengupayakan pengesahan dua faktor bagi akaun bank, media sosial dan Singpass mereka.

Had pada transaksi perbankan, seperti menerusi PayNow, patut juga ditetapkan.

Polis menambah: “Shopee akan hanya hubungi anda menerusi saluran rasmi, seperti akaun aplikasi mereka, media sosial yang disahkan serta WhatsApp, atau alamat e-mel yang berakhir dengan shopee.com.

“Usah lakukan transaksi di luar aplikasi Shopee. Shopee tidak memerlukan sesiapa untuk membuat bayaran awal bagi mendapatkan pekerjaan, dan tidak akan tawarkan bayaran sebagai ganti kepada ‘like’ ke atas produk-produk dalam platform mereka.

“Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan atau pengesahan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee di talian +65 6206 6610 atau berbual dengan ejen mereka secara langsung dalam talian.”

Orang ramai patut periksa bagi sebarang tanda penipuan menerusi sumber rasmi, seperti www.scamalert.sg atau talian anti-penipuan pada 1800-722-6688.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah sedemikian boleh hubungi talian polis di 1800-255-0000 atau salurkannya secara dalam talian kepada www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >