Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan baru sasar penghantar makanan, bungkusan di SG

Apr 13, 2021 | 06:58 PM



POLIS telah mengesan satu penipuan baru di mana kakitangan penghantaran makanan dan bungkusan menjadi sasarannya.



Dalam penipuan ini, mangsa akan terlebih dahulu menerima pesanan pembayaran tunai melalui aplikasi penghantaran syarikat mereka, kata polis dalam satu kenyataan pada Selasa (13 April).



Penipu akan meminta nombor telefon bimbit mangsa menerusi aplikasi itu, sambil mendakwa bahawa ia adalah untuk tujuan memindahkan dana kepada mangsa melalui PayLah!.



Mangsa kemudian akan menerima kata laluan sekali (OTP) dan disuruh log masuk ke akaun PayLah! mereka dan menggunakan OTP yang diberikan untuk menerima bayaran penghantaran tersebut.



Setelah itu, mangsa akan menerima pemberitahuan bahawa akaun PayLah! mereka telah dipautkan ke akaun Google Pay.



Setibanya di alamat penghantaran, mangsa akan mendapati tiada orang di sana untuk menerima penghantaran tersebut.



Transaksi tidak diketahui juga akan dilakukan menggunakan akaun bank mangsa.



Polis menasihati orang ramai agar selalu mengesahkan transaksi yang dilakukan sebelum memasukkan OTP.



Ia juga menasihati orang ramai untuk segera memberitahu bank mereka jika akaun PayLah! mereka dihubungkan ke akaun lain tanpa kebenaran mereka, dan untuk melaporkan sebarang transaksi penipuan kepada bank dengan segera. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >