Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan e-dagang melonjak, kerugian lebih $1.3j

Apr 30, 2020 | 04:33 PM



PENIPUAN secara e-dagang telah meningkat seganda bagi suku pertama tahun ini, dengan sejumlah 1,159 kes direkodkan melibatkan lebih $1.3 juta, menurut polis menerusi perangkaan terbaharu yang didedahkannya hari ini.



Jumlah ini lebih tinggi berbanding 536 kes bagi tempoh sama tahun lalu, manakala kerugian yang dialami kali ini juga dua kali ganda lebih tinggi berbanding $469,000 tahun lalu. 



Menurut polis peningkatan pada penipuan ini juga sebahagiannya disebabkan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan Covid-19, yang menyaksikan lebih ramai orang duduk di rumah dan bergantung kepada Internet untuk bekerja secara jarak jauh, belajar dan berhubungan dengan kawan-kawan, kata komander Divisyen Polis Bedok, Penolong Pesuruhjaya Polis (AC) Julius Lim. 



AC Lim dalam rencana yang ditulisnya di laman Lianhe Wanbao, penipuan e-dagang mulanya melibatkan penjualan pelitup tetapi dengan pantas ia berkembang kepada penjualan alat pengendali permainan komputer sedang orang duduk di rumah mencari pilihan untuk bersantai. 



Penipuan ini kemudian melibatkan penjualan komputer riba, sedang orang perlu belajar dan bekerja dari rumah, katanya. 



"Penipu selalunya menawarkan harga murah bagi barangan-barangan ini, yang secara langsung menarik perhatian pembeli yang mencari tawaran harga menarik di dalam talian," katanya. 



Bagaimanapun, situasi ini tidak unik di Singapura sahaja. Lain-lain negara juga melaporkan peningkatan ketara bagi penipuan berkaitan Covid-19, kata AC Lim. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >