Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan 'phishing' baru berkait bank libat penyamaran sebagai pegawai pemerintah

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT penipuan dengan seseorang menyamar sebagai pegawai pemerintah Singapura sejak Disember dalam apa yang digambarkan oleh polis semalam sebagai pendekatan baru phishing, atau memancing data, berkaitan bank.



Transaksi yang tidak sah kemudian dibuat daripada akaun bank.



Sekitar 900 kes penipuan phishing berkaitan bank dilaporkan dalam enam bulan pertama 2020, peningkatan lebih 25 kali ganda daripada 34 kes seperti itu dalam tempoh yang sama pada 2019, kata polis.



Kerugian berjumlah lebih $3.6 juta bagi tempoh sama berlaku pada 2020, tambah polis.



Polis menasihati orang ramai agar tidak menghiraukan pemanggil yang meminta maklumat log masuk atau perincian peribadi akaun perbankan.



Tidak ada agensi pemerintah yang meminta maklumat peribadi melalui telefon.



Penipu mungkin menyembunyikan nombor telefon mereka yang sebenar dan menunjukkan nombor berbeza menggunakan teknologi spoofing ID, kata polis.



Sejak April, semua panggilan masuk antarabangsa diawali dengan tanda tambah.



Polis menasihati orang ramai agar tetap berwaspada ketika menerima panggilan antarabangsa yang tidak dijangka, dan menolak mereka yang menggunakan nombor tempatan palsu.



Mereka juga tidak boleh mendedahkan butiran perbankan peribadi atau Internet dan kata laluan satu kali kepada sesiapa sahaja.



Mereka yang mempunyai maklumat mengenai jenayah memancing data berkaitan bank harus menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000, atau mengirimkan maklumat secara dalam talian.



Mereka juga boleh dail 999 jika keadaan terdesak.



Maklumat lanjut mengenai penipuan boleh didapati di laman web Scam Alert atau dengan menghubungi hotline anti-penipuan di talian 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >