ISU mengenai penipuan dan kesilapan dalam pengurusan geran SkillsFuture Singapore (SSG), kerugian $7.4 bilion Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dan lonjakan kes jangkitan Covid-19 merupakan antara perkara yang akan dibahaskankan semasa parlimen bersidang, Isnin ini.
Selain itu, Dewan akan juga membahasakan petisyen yang difailkan oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, yang memohon semakan terhadap Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers) dan pengenaan moratorium ke atas Sers sambil menunggu dapatan dan saranan daripada semakan tersebut.
Menurut Kertas Susunan Mesyuarar yang dikeluarkan Parlimen hari ini, Encik Yip Hon Weng (SMC Yio Chu Kang) bertanya faktor "yang membawa kepada kegagalan dalam mengesan kesalahan yang berlaku dalam masa lima tahun" itu.
Isu lain yang bakal disentuh di Parlimen termasuk penyakit cacar monyet, kesejahteraan jururawat, kesihatan serta keselamatan di tempat kerja bagi pekerja penghantaran makanan.