Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan tuntutan insurans kereta: Bekas 'mat despatch' dipenjara 74 bulan

Mar 15, 2016 | 12:32 PM



Seseorang anggota sindiket yang membantu mengaturkan 21 kemalangan kereta untuk membuat tuntutan insurans lebih $ 1.1 juta dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua bulan pada Isnin (14 Mac).



Rahmat Mohd, 37 tahun, seorang bekas pekerja penghantaran, mengaku bersalah terhadap 25 tuduhan bersubahat untuk menipu dan cuba bersubahat untuk menipu, dengan sebanyak 88 lagi tuduhan serupa diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Dia sebahagian daripada sebuah sindiket dengan sekurang-kurangnya 29 anggota, dan melakukan kesalahan itu antara Mei 2011 dan Oktober 2013, dengan menipu 16 syarikat insurans.



Hakim Daerah Low Wee Ping berkata Rahmat memainkan pelbagai peranan kritikal kepada penipuan insurans motor. Dia merekrut pemandu dan penumpang palsu, atau menghasut pemandu supaya meletak penumpang di dalam kenderaan mereka untuk membuat tuntutan penipuan palsu lebih besar.



Dalam satu kes, dia menyamar sebagai penumpang dan mengemukakan salah satu daripada tuntutan tertinggi - $52,000 - yang tidak dibayar, ujar Encik Low.



Secara keseluruhan, Rahmat mengemukakan 44 tuntutan penipuan kerosakan harta dan 70 tuntutan penipuan kecederaan peribadi berjumlah $1.14 juta.



Hasil daripada subahat itu, syarikat insurans membayar $ 215,678.



Mahkamah diberitahu bahawa pada 2011, Rahmat bertemu bos sebuah bengkel kereta, Sollihin Anhar, 42 tahun.



Rahmat bersetuju membantu Sollihin membuat tuntutan insurans palsu, dengan mendapatkan pemilik kenderaan dan mengaturkan kemalangan di sebuah tempat sunyi.



Dia akan meletak kenderaan itu pada kedudukan yang telah dicadangkan oleh Sollihin, sebelum menyebabkan sebuah kereta sengaja melanggarnya sama ada dari depan atau belakang.



Bertindak atas arahan Sollihin, Rahmat turut mengingatkan pemandu kereta yang dilanggar supaya melaporkan kemalangan tersebut dalam Kenyataan Kemalangan Singapura.



Rahmat dibayar kira-kira $200 bagi setiap kenderaan yang dia dapatkan dan apabila dia membantu pemilik atau pemandu membuat tuntutan insurans kenderaan dan tuntutan insurans kecederaan peribadi palsu.



Sollihin minta dibicarakan dan kesnya belum selesai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >