Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Setempat

Penjaga di rumah bakal nikmati lebih bantuan kewangan mulai Oktober

Sep 26, 2019 | 01:38 PM

MULAI 1 Oktober, penjaga di rumah akan menikmati lebih banyak bantuan kewangan apabila Geran Penjagaan di Rumah (HCG) sebanyak $200 dimulakan, menggantikan Geran Pekerja Domestik Asing (FDW) yang bernilai $120.

Mereka juga akan menikmati masa menunggu yang lebih singkat bagi perkhidmatan penjagaan sementara waktu, sejak latihan perintis dijalankan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) pada April.

Hampir 150 orang telah mendaftarkan diri sewaktu latihan perintis geran itu dijalankan, dan lebih 10 peratus daripada mereka telah menggunakan perkhidmatan penjagaan sementara waktu yang ditawarkan oleh 20 pusat penjagaan warga tua dan 26 rumah penjagaan yang turut serta.

Menteri Negara Kanan (Undang-Undang merangkap Kesihatan), Encik Edwin Tong, membentangkan inisiatif-inisiatif ini, yang pertama kali diumumkan sebagai sebahagian daripada Pelan Tindakan Sokongan Penjaga yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) semasa perdebatan belanjawan pada Februari, semasa lawatannya ke St Luke’s ElderCare di Pandan Gardens pada Rabu (25 September).

HCG adalah pembayaran tunai bulanan yang membantu penerima menampung kos penjagaan, termasuk membayar gaji pembantu rumah, selain membantu meringankan kos perkhidmatan di rumah, serta kos perkhidmatan yang berasaskan komuniti.

Mereka yang kini menerima Geran FDW akan didaftar masuk ke dalam HCG secara automatik, sementara pemohon baru boleh mula mendaftar pada 1 Oktober.
 
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian