Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjaga pusat jagaan dihukum 10 tahun penjara cabul lapan budak lelaki

Feb 23, 2017 | 09:31 AM



SEBAGAI penjaga, seorang warga emas diberi kepercayaan menjaga remaja lelaki di sebuah pusat jagaan pelajar.

Tetapi dalam tempoh dua tahun, lelaki berusia tahun 66 tahun itu mengambil kesempatan terhadap mereka.

Lelaki itu mencabul lapan budak lelaki antara 2011 dan 2013.

Dia dijatuhi hukuman 10 tahun penjara pada Rabu (22 Sep).

Lelaki itu, dan mangsa berusia lapan hingga 11 tahun, tidak boleh dinamakan.

Selepas perbicaraan selama 14 hari, dia disabitkan atas 11 tuduhan mencabul lapan murid sekolah rendah, dua tuduhan ceroboh seksual ke atas salah seorang daripada mereka, ketika itu berusia 10 tahun, antara 2011 dan 2013.

Lelaki itu berpura-pura membantu mangsa dengan kerja sekolah dan kemudian menyentuh kemaluan mereka.

Dua daripada pertuduhan itu termasuk memberi dan menerima seks oral daripada seorang budak lelaki berusia 10 tahun di tandas sekolah sekitar Ogos 2013.

Sebagai penjaga di pusat jagaan pelajar, dia menyelia murid-murid berumur antara tujuh dengan 12 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Choong Gabriel Hefeng, yang meminta mahkamah mengenakan sekurang-kurangnya 12 tahun penjara, berkata budak-budak itu mempercayainya tetapi dia menyalah guna kepercayaan itu.

Lelaki itu tidak boleh dihukum sebat kerana berusia lebih 50 tahun. Dia kini bebas dengan ikat jamin $100,000 sementara menunggu rayuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >