Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjaga stor dipenjara enam bulan kerana cabul budak perempuan

Jun 13, 2016 | 02:36 PM



SEORANG penjaga stor yang mencabul seorang budak perempuan dua kali di kawasan awam dipenjara enam bulan pada Isnin (13 Jun).



Lim Kok Leong, seorang warga Malaysia berusia 29 tahun, mengaku menyentuh punggung budak itu di Pusat Beli-Belah Boon Lay pada 21 Sep tahun lalu.



Siasatan menunjukkan budak tersebut pergi ke pusat beli-belah di Boon Lay Place petang itu bersama ibu bapanya.



Dia sedang melihat tanglung tergantung di luar sebuah kedai apabila Lim menggunakan tangannya untuk menyentuh budak itu semasa di berjalan di depannya.



Budak itu berasa sentuhan tersebut tetapi tidak berkata apa-apa kerana menyangka ia berlaku secara tidak sengaja.



Lim kemudian perhatikan dari jauh apakah budak itu memberitahu ibu bapanya. Apabila melihat dia tidak memberitahu ibunya, Lim berjalan ke arahnya dan menyentuh punggungnya sekali lagi sebelum berlalu.



Kali ini, budak itu memberitahu ibunya, yang segera menjerit kepada Lim supaya berhenti. Lim tidak berhenti atau menoleh, sebaliknya melarikan diri dan tidak dapat dikejar ibu bapa budak berkenaan.



Satu operasi meluas dijalan polis untuk mengenal pasti dan menangkap Lim, yang ditahan sebulan kemudian dan dibebaskan dengan ikat jamin.



Semasa bebas, dia mencabul seorang gadis berusia 14 tahun di dalam lif di Boon Lay Avenue pada 11 Feb lalu.



Tuduhan ini diambil kira semasa hukuman, yang dikebelakangkan hingga 13 Feb, dijatuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >